resepi biskut tiramisu kastard

Jika rasa nak mengunyah sesuatu yang manis, lembut dan penuh rasa kopi bersama keluarga tersayang, kami cadangkan anda cuba resepi Biskut Tiramisu Kastard ini di rumah.

Paling menarik tentang pencuci mulut ini, ia dibuat tanpa menggunakan cream cheese. Apabila sudah suap sekali, pasti anda akan sambung sampai habis bekas.

Resepi Biskut Tiramisu Kastard yang dikongsikan oleh Mastura Razali di Facebook ini sangat sesuai untuk mereka yang nak buat pencuci mulut cepat dan jimat kos. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Tiramisu Versi Jimat Guna Kuih Bahulu, Tak Sangka Sedap & Berbaloi!

RESEPI BISKUT TIRAMISU KASTARD

resepi biskut tiramisu kastard

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • 400ml air
  • 5 sudu besar tepung kastard (guna sukatan membukit)
  • Biskut Marie perisa kopi (boleh guna jenama ikut selera)
  • Milo (untuk tabur)

Cara-cara menyediakan kastard:

1. Campurkan air, susu cair, susu pekat dan tepung kastard dalam periuk.

2. Kacau sebati dulu sebelum hidupkan api dan pastikan adunan tak berketul.

3. Apabila sudah sebati dan licin, baru buka api sederhana dan terus kacau tanpa henti supaya tak hangit atau berketul.

4. Apabila adunan sudah menjadi pekat dan mula meletup-letup kecil, bolehlah padamkan api.

Cara melapis biskut tiramisu kastard:

1. Sediakan bekas kegemaran anda sama ada bekas kecil, loyang besar atau dalam cawan pun boleh.

2. Mulakan dengan satu lapisan kastard di bahagian paling bawah.

3. Letak pula biskut Marie perisa kopi di atasnya.

4. Lapiskan lagi dengan kastard, kemudian tabur milo secukupnya.

5. Ulang proses ini sampai habis bahan (kastard, biskut, kastard, milo).

6. Akhir sekali, biar lapisan atas taburan milo yang menutup cantik. Nak lebih sedap, simpan dalam peti ais dulu beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

Siapa sangka dengan menggunakan bahan asas pun, anda boleh hasilkan pencuci mulut yang nampak premium. Paling penting, ada rasa dan kreativiti menarik barulah hasilnya menjadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Mastura Razali

Baca juga: Cara Buat Mocha Tiramisu Cheese, Bila Gigit Terus Cair Dalam Mulut, Memang Kek Eksklusif!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN