mocha tiramisu

Jika anda peminat pencuci mulut yang berkrim, sejuk dan penuh rasa kopi, wajib cuba resipi Mocha Tiramisu Cheese Tumpah ini. Sekali makan, memang terus cair di mulut.

Resipi Mocha Tiramisu Cheese Tumpah ini dikongsikan oleh Azlina Ina resepi di Facebook. Hasilnya nampak sungguh menyelerakan, sampaikan ramai mengidam dibuatnya.

Baca juga: Resepi Puding Tiramisu Kastard, Lembut Berkrim Sampai Melekat Di Hati

RESIPI MOCHA TIRAMISU CHEESE TUMPAH

mocha tiramisu

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1¾ cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayak)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar emulco mocha atau coffee
  • 1 sudu besar emulco coklat
  • ¼ cawan susu nescafe (tak kisah jenama dalam kotak atau tin, cuma pastikan ia suhu bilik)
  • ½ cawan minyak masak

Cara-cara membuat:

1. Masukkan semua bahan kecuali susu dan minyak.

2. Mix sampai adunan jadi sebati.

3. Masukkan susu nescafe (waktu ini saya tiada susu jenis ini, jadi saya pakai susu segar biasa saja sedikit demi sedikit sampai habis).

4. Mix sampai gebu.

5. Matikan mixer dan masukkan minyak, kemudian kacau (nak perlahankan mixer kemudian masukkan pun boleh).

6. Isi separuh dalam bekas, kemudian kukus selama 17 hingga 18 minit.

Bahan-bahan cream:

  • 500g cream cheese
  • ½ cawan susu pekat (tambah jika suka manis)
  • 1½ cawan whipping dairy
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil emulco coffee

Cara-cara menyediakan bahan cream:

1. Kisar sebati (disebabkan cawan berbeza, masukkan dulu ½ cawan susu segar dan kisar, jika pekat baru tambah lagi).

2. Tuang atas kek dan sejukkan.

mocha tiramisu

Bahan-bahan sebatian ayak bahagian atas:

  • 50g snow powder ( tujuannya supaya serbuk atas kek tak meresap dan cantik)
  • 150g serbuk koko
  • 100g serbuk nescafe 3 in 1 (saya suka yang hazelnut)

Cara-cara menyediakan sebatian ayak bahagian atas:

1. Campurkan semua bahan dan ayakkan atas kek.

2. Nak lebih cantik, ayak sekali lagi dengan serbuk koko saja.

Gabungan mocha iaitu kopi dan coklat bersama krim keju yang lemak berkrim, ditambah pula dengan lapisan biskut yang lembut membuatkan Mocha Tiramisu Cheese Tumpah ini menjadi dengan sempurna.

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina resepi

Baca juga: Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN