cara buat tiramisu

Sekarang mula heboh tentang keenakan Tiramisu, terutama buat penggemar kopi. Paling unik, kami terjumpa cara buat Tiramisu yang menggunakan kuih bahulu yang luar biasa.

Siapa yang tak kenal dengan Tiramisu? Pencuci mulut mewah dari Itali ini biasanya dibuat menggunakan bahan premium seperti ladyfingers, mascarpone cheese dan whipping cream.

Nak lebih jimat, anda boleh cuba resipi Tiramisu bajet yang dikongsikan oleh Nurul Farhiyah di Lemon8. Walaupun guna kuih bahulu, hasilnya tetap sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Mocha Tiramisu Cheese, Bila Gigit Terus Cair Dalam Mulut, Memang Kek Eksklusif!

CARA BUAT TIRAMISU GUNA KUIH BAHULU

cara buat tiramisu

Bahan-bahan:

  • 500g cream cheese
  • 70g gula icing
  • 300g whipping cream
  • 5 sudu besar kopi
  • 2 cawan air panas
  • 1 sudu gula
  • Kuih bahulu
  • Serbuk coklat

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan cream cheese dalam satu bekas atau mangkuk yang sesuai.

2. Selepas itu, masukkan gula icing dan gaul sampai sebati.

cara buat tiramisu

3. Kemudian, pukul dengan mixer sampai kembang.

4. Masukkan whipping cream dan pukul sampai kembang lagi (jangan terlebih pukul dan pastikan teksturnya gebu elok saja).

5. Seterusnya, celup kuih bahulu dalam kopi sambil susun dalam bekas lain (jangan celup banyak sangat, nanti lembik).

6. Kemudian, masukkan adunan krim tadi dan ratakan.

7. Ulang langkah (5) sampai penuh bekas dan lapisan atasnya ialah adunan krim tadi.

8. Selepas itu, taburkan serbuk coklat dan chocolate chips jika suka.

9. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk semalaman. Siap untuk dinikmati!

Cara buat Tiramisu bajet guna kuih bahulu ini mungkin nampak simple, tapi ia mampu membawa rasa tradisional dan mewah yang penuh dengan kepuasan.

Selamat mencuba!

Sumber: nurul farhiyah

Baca juga: Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN