cara buat kopi

Jika anda sedang mencari resepi air kopi yang betul-betul kaw, pekat dan padu rasanya sampai boleh ketagih, boleh cuba cara buat Kopi Susu Kaw ini di rumah.

Cara buat Kopi Susu Kaw ini dikongsikan oleh Sabrina Abdul Ghani di Facebook yang sangat mudah tapi hasilnya siap ada buih dan rasa lemak padu yang memikat tekak. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Teh Ais Kaw Dan Padu, Sekali Sedut Sampai Esok Boleh Ketagih

CARA BUAT KOPI SUSU KAW

cara buat kopi

Bahan-bahan:

  • 2 paket kopi kosong (bukan kopi segera 3 dalam 1)
  • 2 sudu besar susu tepung penuh krim (saya guna jenama Fernleaf)
  • 5 sudu besar susu pekat manis
  • Air panas secukupnya (dalam anggaran 1 mug kecil)
  • Ais batu secukup rasa

Cara-cara membuat:

1. Masak air sampai betul-betul mendidih. Jangan guna air dari water dispenser, air kena betul-betul mendidih atas dapur. Air yang cukup panas akan bantu keluarkan aroma sebenar dari serbuk kopi.

2. Masukkan 2 paket kopi ke dalam mug berisi air panas tadi. Biarkan rendam dalam 10 minit untuk dapatkan ekstrak kopi yang pekat, gelap dan harum semerbak.

3. Apabila kopi siap direndam, tapis jika perlu dan campurkan 2 sudu susu tepung penuh krim dan 5 sudu susu pekat manis ke dalam bancuhan kopi. Kacau sampai larut dan sebati.

4. Jika ada shaker, bolehlah shake kopi itu sampai berbuih. Jika tiada, boleh guna teknik tarik (macam tarik teh tarik) untuk dapatkan buih pekat yang buat rupa dan rasa kopi lebih padu.

5. Ambil dua gelas tinggi, penuhkan dengan ais batu dan tuang kopi tadi. Siap!

Satu bancuhan boleh dapat dua gelas tinggi, jadi bolehlah kongsi dengan pasangan. Rasa pekat, berlemak dan buih gebu di bahagian atasnya memang buat orang ketagih nak minum.

Selamat mencuba!

Sumber: Sabrina Abdul Ghani

Baca juga: Resepi Kopi Ais Kaw Yang Buat Ramai Ketagih, Nak Rasa Berlemak Letak 1 Bahan Rahsia Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN