cara hilangkan tangan pijar

Apabila memasak di dapur, pasti pernah mengalami tangan pijar atau berbau hanyir. Sebenarnya, ada cara hilangkan tangan pijar dan berbau hanyir dengan menggunakan bahan mudah saja.

Selepas potong atau tumbuk cili, tangan akan mula rasa panas berdenyut-denyut iaitu pijar. Kadangkala, keadaan ini berterusan sampai ke malam dan membuatkan diri rasa tak selesa.

Jika siang ikan atau udang pula, tangan mesti berbau hanyir walaupun sudah dicuci banyak kali. Anda tak keseorangan, semua orang pernah menghadapi masalah yang sama.

Oleh itu, kami kongsikan cara hilangkan tangan pijar dan berbau hanyir yang berkesan. Paling menarik, anda hanya perlu menggunakan dua bahan yang memang ada di dapur.

Baca juga: 4 Jenis Makanan Ini Cepat Basi Kalau Tak Jaga Elok, Ikut Petua Ini Untuk Atasinya

CARA HILANGKAN TANGAN PIJAR DAN BAU HANYIR

cara hilangkan tangan pijar

Bahan-bahan:

Cara-caranya:

1. Mula-mula, gunting tub ubat gigi yang sudah tinggal sedikit atau hampir habis di rumah.

cara hilangkan tangan pijar

2. Selepas itu, masukkan baki ubat gigi ke dalam bekas.

3. Kemudian, tambahkan garam sampai adunan menjadi seperti scrub.

4. Seterusnya, kacau adunan sampai sebati.

5. Apabila nak guna, hanya perlu lumurkan bancuhan ubat gigi dan garam ini pada tangan.

6. Gosok tapak tangan dan biarkan seketika.

Tips ini bukan saja berkesan untuk hilangkan tangan pijar dan berbau hanyir, malah ia boleh digunakan untuk menanggalkan warna kunyit atau pewarna makanan pada tangan juga.

Bagi menghilangkan warna yang perlu dilumur, anda perlu gosok dan basuh beberapa kali. Hasilnya, anda akan dapati tangan bersih dan tak berbau dengan sekelip mata.

Tips tambahan dalam cara hilangkan tangan pijar:

  • Jangan gunakan ubat gigi jenis gel kerana kurang berkesan.
  • Kesan hilangkan pijar mungkin berbeza pada individu bergantung pada keserasian.
  • Jika tangan masih terasa pijar, boleh juga sapukan susu pekat, minyak, vaseline, vicks, losyen atau toner wajah (jenis beralkohol) pada tangan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Yatie Eimra

Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hangit Dalam Masakan, Selamatkan Guna Daun Ini Saja

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN