
Sehebat mana pun seseorang itu dalam memasak, pasti akan berdepan dengan situasi masakan yang terhangus. Sebenarnya, ada petua hilangkan bau hangit dalam masakan yang tak ramai tahu.
Salah satu sebab masakan jadi hangit biasanya sebab api terlalu besar atau dimasak terlalu lama. Jika guna periuk yang terlalu nipis, masakan jadi mudah hangus di bahagian bawah.
Bau hangit bukan saja merosakkan aroma hidangan, malah ia boleh menjejaskan rasa makanan. Ramai yang terus buang, sedangkan ada cara untuk menyelamatkannya.
Baca juga: Tips Memasak Bila Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Rupanya Kena Buat Macam Ini
PETUA HILANGKAN BAU HANGIT DALAM MASAKAN

Kredit gambar: freepik dari Freepik
1. Apabila rasa masakan bau hangit ketika memasak, tutup api dan pindahkan masakan ke dalam kuali atau periuk baru terlebih dahulu.
2. Jika ada kentang di rumah, boleh potong dan masukkan ke dalam masakan.
3. Jika tiada kentang, boleh juga guna daun pandan dan masukkan saja ke dalam masakan.
4. Tak perlu buka api, biarkan saja sebentar supaya bau hangit dapat diserap. Setelah itu, boleh makan seperti biasa.

Kredit gambar: freepik dari Freepik
Selepas ini, tak perlulah susah hati jika makanan tiba-tiba terhangus tanpa sengaja. Guna saja petua hilangkan bau hangit dalam masakan ini, terus selesai masalah anda.
Selain itu, kami cadangkan untuk guna jenis periuk yang lebih tebal atau memasang penggera supaya anda tak terlupa. Sekurang-kurangnya, taklah malu apabila bau hangus dalam rumah lagi.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik, Facebook Yayar B. Awang Noh
Sumber: MiaNajwa
Baca juga: Tips Satukan Semula Santan Pecah Semasa Memasak, Masukkan Sehelai Daun Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














