cara mencari makanan halal

Betapa seronoknya melancong ke luar negara dengan bajet yang mesra poket. Jangan risau tentang makan minum di sana, anda boleh guna cara mencari makanan halal dan murah di luar negara ini.

Salah satu cabaran apabila travel ke luar negara, terutama ke negara bukan Islam adalah mencari makanan halal. Kadangkala label tak jelas, ada juga yang tiada info tentang status halal sesuatu makanan sama sekali.

Kali ini, kami kongsikan beberapa cara mencari makanan halal dan murah di luar negara. Setiap kali nak travel ke negara orang nanti, bolehlah gunakan trik ini supaya lebih yakin.

Baca juga: 9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

7 CARA MENCARI MAKANAN HALAL DAN MURAH DI LUAR NEGARA

1. Kenali logo halal di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

cara mencari makanan halal

Kredit gambar: Uniti Halal Centre

Bagi memudahkan anda menikmati hidangan tepat pada waktunya, mulakan pencarian restoran halal di Google. Jika ada sijil halal, besar kemungkinan menu yang ditawarkan selamat dinikmati.

Tapi perlu diingat, logo halal berbeza mengikut negara. Jadi, anda boleh semak terlebih dahulu secara dalam talian. Setakat ini, JAKIM mengiktiraf 85 logo halal dari seluruh dunia.

2. Belajar perkataan ringkas berkenaan produk makanan dalam bahasa tempatan.

Sebelum beli atau pesan makanan di luar negara, semestinya kita nak tahu kandungan dalam makanan itu sama ada halal atau tidak.

Jadi, wajib ambil tahu istilah tempatan untuk bahan-bahan yang haram seperti daging babi atau arak. Sekurang-kurangnya apabila nampak nama itu dalam menu, boleh terus berjaga-jaga.

3. Cari restoran yang menghidangkan makanan mesra Muslim.

cara mencari makanan halal

Kredit gambar: stockking dari Freepik

Sekali-sekala mesti nak rasa pengalaman makan di restoran sewaktu travel di luar negara. Oleh itu, anda boleh memilih restoran makanan laut, timur tengah atau vegetarian.

Makanan laut seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya halal untuk dinikmati. Pesan menu paling ringkas yang dimasak secara kukus atau rebus kerana biasanya lebih murah.

Tapi, anda masih perlu berhati-hati dan rajinkan diri untuk bertanya kepada pekerja restoran sama ada ramuan menggunakan alkohol, wain atau lemak haiwan.

4. Masak sendiri atau bawa bekalan pek makanan segera dari Malaysia.

Kredit gambar: Facebook Khairul Abdullah

Jika nak travel dengan lebih tenang tanpa risau pasal makan minum di luar negara, bawa saja pek makanan sedia dimakan. Sekarang mudah nak dapat, tambahan pula ia tahan lama dan jimat duit poket.

Bukan setakat mi segera, sekarang sudah banyak pilihan makanan siap seperti nasi dengan lauk yang boleh dimakan terus tanpa perlu dimasak. Jika anda kurang gemar makanan pek, masak sendiri pun satu pilihan yang selamat dan terjamin.

5. Cari pasar raya dan makan buah sebagai alas perut.

Pasar raya kini mudah ditemui hampir setiap kawasan, termasuk di luar negara. Apabila perut mula lapar dan belum jumpa restoran halal, pasar raya boleh jadi pilihan terbaik.

Di sini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis makanan yang dimahukan. Tapi, jangan lupa  semak bahan-bahan yang tertera pada label pembungkusan untuk memastikannya halal.

6. Cari masjid, pasti ada restoran halal di sekitarnya.

Kredit gambar: jcomp dari Freepik

Masjid merupakan salah satu kawasan tumpuan bagi musafir Islam ketika berada di luar negara atau tempat tarikan pelancong. Biasanya, di sekitar masjid terdapat masyarakat Islam dan sudah pasti ada gerai halal disediakan.

Jika tak jumpa restoran halal, sewaktu di masjid, anda boleh terus bertanya kepada beberapa orang Islam apabila selesai solat. Jika ada rezeki, anda mungkin diajak singgah dan makan secara percuma di rumah mereka.

7. Cari info tentang restoran halal yang ada di tempat yang dituju.

Sebelum pergi melancong, perkara paling penting adalah cari info daripada pelbagai sumber, termasuk kawan-kawan yang pernah ada pengalaman supaya tak sesat nanti.

Banyak juga review di media sosial tentang restoran halal dan murah di tempat yang dituju. Oleh itu, kena rajinkan diri untuk skrol TikTok atau tonton video travel di YouTube.

Apabila sampai di luar negara, jangan malu-malu untuk bertanya. Dengan cara mencari makanan halal di luar negara ini, percutian anda sekeluarga akan jadi lebih lancar dan selesa.

Semoga bermanfaat!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

 

Kredit gambar muka depan: freepik, stockking dari Freepik

Sumber: myhalalxplorer.com

Baca juga: Resepi Sarapan Oatmeal, Sup & Wrap Yang Jimat Ketika Travel, Semua Mesra Poket!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN