
Dalam kesibukan merancang jadual dan tempat penginapan, makanan halal ketika travel sering jadi cabaran utama buat ibu bapa yang ingin melancong bersama anak-anak.
Lebih-lebih lagi bila melancong ke tempat asing yang penuh dengan godaan makanan menarik!
Berikut lima tip penting untuk bantu ibu ayah pastikan makanan halal semasa travel, supaya percutian kekal tenang, selamat dan berkat.
Rancang Lokasi Supaya Mudah Cari Makanan Halal Semasa Travel
Langkah pertama dan paling penting ialah merancang tempat makan halal lebih awal. Ramai yang fokus pada itinerari lawatan tetapi lupa menyemak senarai restoran halal berdekatan penginapan.

Kini semuanya lebih mudah dengan aplikasi seperti Halal Navi, Zabihah atau carian di Google Maps menggunakan kata kunci “restoran halal”.
Jangan lupa baca ulasan pengguna untuk pastikan tempat tersebut benar-benar halal dan bersih.
Semak Sijil Halal & Papan Tanda Restoran

Sebaik tiba nya di restoran, ada digalakkan untuk memeriksa sijil halal yang dipamerkan. Ia bukan sekadar hiasan, tetapi bukti bahawa bahan dan proses penyediaan makanan menepati piawaian halalan toyyiban.
Selain itu, kalau tiada sijil halal yang jelas jangan segan tanya pekerja atau pengurus restoran.
Lebih baik bertanya daripada makan dalam keadaan ragu-ragu, terutama bila melibatkan anak kecil yang kita jaga amanah pemakanannya.
Makanan Halal Semasa Travel Lebih Mudah Kalau Bawa Bekal Dari Rumah

Cara paling mudah untuk pastikan makanan halal semasa travel ialah membawa sedikit bekalan dari rumah.
Antara pilihan praktikal ialah roti, biskut, kurma, mi segera halal, susu kotak atau makanan sedia dimakan. Langkah ini sangat membantu bila melancong ke kawasan luar bandar atau negara bukan majoriti Muslim.
Selain menjimatkan, anda juga lebih yakin dengan sumber makanan yang dibawa sendiri!
Pilih Menu Mudah & Familiar Semasa Travel

Nak makan luar tapi tetap nak selamat dan selesa? Pilihlah hidangan yang mudah dikenali macam nasi putih, ayam bakar, atau sup sayur senang nak nilai dari segi halal dan kebersihan, dan tak susah nak order bila perut dah mula lapar.
Kalau boleh elakkan lah makan makanan yang eksotik atau hidangan yang mempunyai bahan-bahannya tak jelas.
Bila ragu-ragu, pilih saja menu paling ringkas tapi selamat sederhana pun tak apa, asalkan halal.
Tanya Komuniti Muslim Tempatan Tentang Tempat Makan
Kalau nak cari makanan halal bila travel, kadang maklumat dari internet sahaja tak cukup, jadi jangan lupa untuk bertanya kepada komuniti Muslim tempatan dikawasan itu.
Mereka biasanya tahu tempat makan halal yang sedap dan mesra keluarga. Kadang-kadang maklumat daripada mereka lebih tepat berbanding carian internet.
Selain dapat maklumat berguna, anda juga berpeluang mengenali budaya dan komuniti baru dengan lebih dekat.
REV Media Group melalui jenama MyResipi, Sirap Limau, VOCKET, dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, inisiatif baharu untuk membantu pelancong Muslim melancong ke luar negara dengan lebih yakin, tenang dan selamat.
Panduan lengkap termasuk makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan, serta aktiviti mesra Muslim boleh didapati di laman web tersebut.
Melalui Halal Travel, anda boleh dapatkan panduan lengkap merangkumi pilihan makanan halal, waktu solat dan arah kiblat, tip perjalanan serta keselamatan, hinggalah kepada aktiviti menarik yang mesra Muslim.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














