
Jika anda sedang mencari idea snek yang menarik untuk jamuan, boleh cuba resipi Cream-O Pop Stick ini. Bukan saja comel, malah kreatif dan menarik hasilnya.
Kanak-kanak memang mudah tertarik untuk makan snek yang berwarna-warni. Lebih-lebih lagi jika nampak Cream-O Pop Stick, mesti mereka berebut nak makan.
Nak buat snek yang kreatif, boleh ikut resipi Cream-O Pop Stick dengan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Siti Shamsina di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Apollo Cake Popsicle Untuk Jamuan Sekolah Anak, Kreatif Dan Menarik!
RESIPI CREAM-O POP STICK

Bahan-bahan:
- Biskut Cream-O
- Coklat coin Beryl’s atau compound chocolate (dark chocolate, white chocolate atau strawberry)
- Sprinkles (hiasan ikut pilihan masing-masing)
- Batang aiskrim kayu
- Pengikat plastik (twist tie)
- Seal plastik (2.75″ x 4″)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, cairkan coklat (hanya perlu double boiler).
2. Kemudian, celupkan batang aiskrim kayu di bahagian hujung untuk cantumkan biskut sebelah-menyebelah.
3. Selepas itu, sebelah coklat yang dicairkan suam.
4. Seterusnya, celupkan saja Cream-O ke dalam coklat tersebut.
5. Akhir sekali, hias ikut citarasa sendiri. Setelah itu, boleh isi dalam seal plastik dan ikat dengan pengikat plastik. Siap!

Rupa bentuknya yang seakan aiskrim bersama hiasan sprinkles berwarna-warni pasti membuatkan ramai tertarik dengan Cream-O Pop Stick ini.
Tambahan pula, snek seperti ini memang sesuai sebagai pencuci mulut untuk sebarang jamuan. Lebih-lebih lagi jika buat untuk potluck sekolah anak, pasti mereka gembira nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Shamsina
Baca juga: Apam Cornetto Guna 3 Bahan Mudah, Comel Dan Cantik Sekata Hasilnya
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














