
Kalau anda penggemar masakan seperti kari, gulai dan sebagainya, daun kari memang bahan yang tak boleh ditinggalkan. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada tiga jenis pokok daun kari yang biasa ditanam di Malaysia?
Setiap jenis mempunyai aroma yang berbeza dan boleh memberi kesan besar pada rasa masakan. Jangan terkejut kalau kari anda kurang ‘kick’, kerana mungkin sebab tersalah pilih daun kari!
Baca juga: Nama Lain Untuk Gula Yang Ramai Tak Tahu, Jangan Tertipu Dengan Label ‘Free Sugar’
3 JENIS POKOK DAUN KARI DI MALAYSIA, MANA PALING WANGI?

1. Pokok Kari Urat Merah (Paling Wangi)
Inilah jenis daun kari yang paling digemari oleh mak-mak, chef dan penggemar masakan tradisional. Namanya ‘urat merah’ sebab batang tengah daun dan urat daunnya berwarna kemerahan. Kalau anda cium bau daun ini, memang terus naik selera! Bila ditumis dengan bawang dan rempah, aromanya sangat kuat dan menyedapkan.
Ciri-ciri:
- Urat dan tangkai daun berwarna merah keunguan
- Daun bersaiz sederhana
- Bau sangat harum dan kuat
Kalau anda nak tanam pokok kari di rumah, inilah yang paling disyorkan.
2. Jenis Daun Kecil (Wangi)
Yang ini pun masih wangi, walaupun tak sekuat daun urat merah. Pokok ini agak biasa dijumpai dan mudah tumbuh. Daunnya kecil dan nipis, namun masih sesuai digunakan untuk masakan harian.
Ciri-ciri:
- Daun kecil dan tersusun rapi
- Warna hijau sekata
- Aroma sederhana tapi tetap memberi rasa ‘kari’
Kalau tak jumpa urat merah, pokok kari daun kecil ini pun masih ‘ok’ untuk digunakan.
3. Pokok Kari Daun Besar (Kurang wangi)
Ramai yang tanam pokok kari jenis ini sebab pokoknya cepat membesar dan daunnya subur. Tapi awas! Daunnya kurang aroma, jadi kalau guna untuk masakan, anda mungkin perlu guna lebih banyak untuk dapatkan rasa kari yang padu.
Ciri-ciri:
- Daun lebar dan besar
- Tekstur daun agak tebal
- Bau sangat ringan
Pokok jenis ini sesuai untuk hiasan atau kegunaan ringan, tapi tak digalakkan untuk masakan utama.
Sumber: Facebook Noora Sultan
Baca juga: Hati-Hati! Ini Nama Lain Bagi Daging Babi Yang Ramai Tak ‘Alert’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














