ayam goreng berempah mudah

Nak buat lauk ala kedai makan untuk keluarga di rumah, anda wajib cuba resipi Ayam Goreng Berempah mudah ini. Bukan saja garing elok, malah serdaknya sedap diratah.

Lauk pilihan yang disukai ramai, semestinya Ayam Goreng Berempah. Hidangan ayam yang digoreng bersama campuran rempah-ratus tempatan, bau saja pun boleh terliur.

Sue Alysa telah kongsikan cara buat Ayam Goreng Berempah mudah di Facebook dan hasilnya yang garing serta berwarna keemasan cukup memikat selera. Jom kita cuba!

Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut

RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH

ayam goreng berempah mudah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 batang serai (potong halus untuk dikisar)
  • 1 sudu makan ketumbar (sangai dulu sebelum kisar kering)
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam
  • Garam
  • 1 sudu makan serbuk cili (ganti dengan cili kisar pun boleh)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 tangkai daun kari (jika ada)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bawang putih, bawang besar, halia dan serai sampai halus dengan sedikit air

2. Selepas itu, cuci ayam dan toskan.

3. Kemudian, tabur garam, serbuk kari ayam, serbuk cili dan serbuk kunyit pada ayam.

4. Seterusnya, gaulkan semua bahan termasuk bahan kisar tadi.

5. Setelah itu, perapkan ayam sebentar lebih kurang 2 atau 3 jam (lebih lama perap, lebih sedap).

6. Kemudian, taburkan tepung jagung sebelum goreng ayam.

7. Akhir sekali, goreng ayam guna minyak yang banyak dan angkat apabila ayam sudah garing. Siap untuk dihidang!

ayam goreng berempah mudah

Ayam Goreng Berempah mudah ini sesuai sebagai lauk ringkas buat seisi keluarga di rumah. Jika suka, anda boleh menikmatinya bersama sambal belacan juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Sue Alysa

Baca juga: Cara Buat Ayam Berempah Beraroma, Paling Penting Jangan Letak Atas Tisu Selepas Goreng!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN