cara menyimpan bunga kantan

Orang dulu-dulu suka memasak dengan bunga kantan kerana khasiat dan aromanya dalam hidangan. Namun, tak ramai tahu tentang cara menyimpan bunga kantan yang betul.

Selain digunakan dalam masakan, bunga kantan yang dikenali sebagai bunga torch ginger turut menyimpan pelbagai khasiat dan kegunaan dalam perubatan tradisional.

Seorang pengguna di Facebook yang mesra dipanggil Fy telah menunjukkan cara simpan bunga kantan yang tetap segar walaupun selepas 6 bulan disimpan. Jom kita tengok!

Baca juga: Bekas Kuih Raya Jangan Buang, Boleh Guna Buat Simpan Sayur Untuk Tahan Lama

CARA MENYIMPAN BUNGA KANTAN

1. Mula-mula, basuh bunga kantan dengan bersih terlebih dahulu.

cara menyimpan bunga kantan

2. Selepas itu, potong bunga kantan mengikut kesukaan masing-masing.

3. Kemudian, letak dalam plastik atau bekas kedap udara yang bersesuaian dengan saiz bunga kantan tersebut.

cara menyimpan bunga kantan

4. Seterusnya, letak air masak dalam plastik atau bekas yang sudah berisi bunga kantan tadi.

5. Akhir sekali, boleh simpan bekas di bahagian sejuk beku dalam peti sejuk. Siap!

Kami cadangkan anda simpan bunga kantan dalam bekas untuk sekali masak supaya kerja memasak jadi lebih mudah. Nak guna ketika beku atau cairkan terlebih dahulu pun boleh.

Setelah menggunakan cara menyimpan bunga kantan ini, anda akan terkejut dengan hasilnya. Walaupun telah disimpan lama, namun ia tetap cantik, segar dan tak berbirat hitam.

Tips ini sangat berguna buat anda yang sering memasak dengan menggunakan bunga kantan di rumah. Oleh itu, anda tak perlu berulang kali keluar rumah untuk membelinya lagi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dunia Hanya Sementara Fy

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN