
Setiap kali ada masa lapang, anda pasti takkan lepaskan masa bersama keluarga di rumah. Sambil-sambil itu, bolehlah cuba cara buat Popia Cheese yang mudah ini.
Popia Cheese sering menjadi kudapan yang lazat untuk dinikmati kerana rasa rangup, masin dan lemak berkrim itu boleh buat sesiapa yang makan pasti tak cukup sebalang.
Jika nak sediakan kudapan sedap di rumah, kenalah cuba resipi Popia Cheese yang dikongsikan oleh Farhana Ismail ini kerana rangupnya cukup luar biasa. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Popia Nestum Mudah Dengan 5 Bahan, Kunyah Sampai Tak Berhenti!
CARA BUAT POPIA CHEESE

Bahan-bahan:
- 1 pek kulit popia
- 4 sudu besar serbuk cheese
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar gula
- Minyak masak
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, gunting kulit popia dan carik-carikkannya.
2. Kemudian, kisar 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.
3. Selepas itu, goreng popia sampai keperangan, angkat dan toskan.

4. Masukkan popia yang telah digoreng tadi ke dalam satu bekas bertutup dan taburkan bahan yang telah dikisar tadi juga.
5. Akhir sekali, goncang bekas sampai agak-agak bahan kisar bersalut dengan kulit popia. Siap untuk dinikmati!
Cara buat Popia Cheese ini sebenarnya boleh dipelbagaikan dengan bentuk berbeza seperti gulung atau simpul. Selain itu, anda boleh buat dalam versi pedas atau creamy juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Farhana Ismail
Baca juga: Popia Pepero, Guna Kulit Popia Tapi Sedap Dan Rangup Bukan Main!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














