Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti di bahagian tengah. Kuih berbentuk bulat yang terkenal dari Jepun ini biasanya diisi dengan pes kacang merah, tetapi boleh ada juga pilihan inti lain yang boleh dicuba.
Kalau selalu nampak dorayaki dijual di kedai, apa kata kali ini buat sendiri di rumah. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya pun tidak rumit. Adunannya juga boleh dipukul menggunakan mixer atau dikisar dengan blender.
Lebih menarik, satu bancuhan ini boleh menghasilkan sekitar empat hingga lima biji dorayaki. Intinya pula boleh diubah mengikut selera, sama ada menggunakan coklat, durian, kacang merah atau mentega kacang.
Baca juga: Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!
RESEPI DORAYAKI GEBU

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 biji telur gred A atau B (3 biji jika menggunakan telur gred C)
- ½ cawan gula
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan madu
- 1 penutup esen vanila
- Secubit garam
- 1 sudu makan susu tepung full cream (pilihan)
- 3 sudu makan air biasa
Pilihan inti:
- Kacang merah
- Coklat
- Durian
- Mentega kacang
Cara-cara penyediaan:
- Pukul telur bersama gula menggunakan mixer selama kira-kira 3 hingga 4 minit sehingga adunan kembang.
- Masukkan esen vanila, madu dan minyak masak. Pukul sekali lagi sehingga sebati.
- Ayak tepung gandum dan baking powder terlebih dahulu. Kemudian, masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan telur tadi.
- Kacau menggunakan spatula sehingga sebati. Boleh juga menggunakan mixer jika lebih mudah.
- Masukkan susu tepung full cream jika ada, kemudian gaul rata.
- Tuangkan air biasa sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air lagi. Pastikan teksturnya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
- Tutup bekas berisi adunan dan peram selama 15 hingga 20 minit di dalam peti sejuk.
- Selepas selesai diperap, panaskan kuali leper atau non-stick pan menggunakan api perlahan. Tidak perlu letak minyak pada permukaan kuali.
- Ambil sedikit adunan menggunakan senduk kecil dan tuangkan perlahan-lahan ke atas kuali.
- Tutup kuali supaya dorayaki masak dengan sekata. Apabila permukaan adunan mula mengeluarkan lubang-lubang kecil, terbalikkan dan masak sebentar lagi.
- Angkat dorayaki apabila kedua-dua bahagian sudah masak. Ulang langkah sama sehingga adunan habis.
- Ambil sekeping dorayaki, letakkan inti pilihan di bahagian tengah dan tindihkan dengan sekeping lagi. Tekan perlahan pada bahagian tepi supaya inti melekat.
- Siap untuk dinikmati!
Tip: Gunakan api perlahan ketika memasak supaya dorayaki masak sekata dan tidak cepat hangus. Jangan letak minyak pada kuali untuk mendapatkan permukaan dorayaki yang lebih cantik.
Sumber: Raja Nurulhuda Raja Ahmad
Baca juga: Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

