
Selain kuih raya klasik, resepi Popia Nestum juga cukup popular dan sering dicari pada Hari Raya. Mana taknya, kudapan ini memang laku keras dan buat sebalang pun rasa tak cukup.
Popia Nestum merupakan sejenis popia mini yang diisi dengan bahan-bahan manis dan rangup yang memberikannya rasa unik dan sedapnya tiada tandingan.
Tak susah pun buat kudapan ini di rumah, ikut saja resepi Popia Nestum yang dikongsikan oleh Nur Amirah A Bakar di Facebook ini yang menggunakan 5 bahan mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Popia Pepero, Guna Kulit Popia Tapi Sedap Dan Rangup Bukan Main!
RESEPI POPIA NESTUM

Bahan-bahan:
- 1 paket popia (saya guna jenama Kawan)
- 2 cawan nestum
- 1 cawan horlicks (jika tak suka horlicks, boleh ganti susu tepung)
- 1 cawan gula kastor
- Minyak masak
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, gulung popia sehelai demi sehelai (boleh pakai lidi jika takut tak sama besar) dan gam dengan tepung gandum.
*Bahan gam: tepung gandum dicampur sedikit air dan letak di penjuru popia sebelum gulung.

2. Selepas itu, potong-potong serong dengan menggunakan gunting (pastikan betul-betul tajam).
*Jika tak nak goreng lagi, boleh simpan dalam bekas tertutup dahulu dan letak dalam peti sejuk.

3. Kemudian, kisar 2 cawan nestum, 1 cawan horlicks dan 1 cawan gula kastor.

4. Seterusnya, goreng popia dan pastikan ia masak sampai kekuningan (boleh rasa popia sudah keras dan tak lembik lagi).

5. Angkat dan toskan dalam 2 hingga 3 saat, kemudian terus gaul dalam bahan kisar tadi (jika minyak tiada sama sekali, nestum tak melekat nanti). Siap untuk dinikmati!
Kami cadangkan anda buat resepi Popia Nestum ini lebih daripada sebalang kerana kudapan ini disukai ramai terutamanya kanak-kanak. Silap-silap, makan sampai tak berhenti nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Amirah A Bakar
Baca juga: Popia Seaweed Gulung Tak Guna Modal Banyak, Gulung Terus Siap
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














