resepi sate ayam mudah

Resepi sate ayam mudah dengan kuah kacang ini sangat sesuai untuk anda yang baru belajar memasak. Walaupun pertama kali mencuba, dijamin pasti jadi!

Bila dah pandai buat sendiri, tak perlu beli di luar lagi. Selain mudah disediakan, rasanya juga sedap dan setanding dengan yang dijual di kedai. Jom cuba!

Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti!

RESEPI SATE AYAM MUDAH DENGAN KUAH KACANG

resepi sate ayam mudah

Bahan perapan sate:

  • 500g isi ayam thigh (dipotong dadu sederhana)
  • 1 pek pes perapan sate segera
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 10-15 batang lidi sate (rendam dalam air 30 minit supaya tidak terbakar)

Bahan kuah kacang (optional):

  • ½ cawan kacang tanah (disangai & dikisar kasar)
  • 1 pek pes perapan sate segera
  • 1 sudu besar gula Melaka (pilihan)
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • ½ cawan santan
  • ½ cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk cukup rasa (optional)

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan pes perapan sate, minyak masak dan biarkan selama 2-3 jam supaya rasa lebih meresap.
  2. Cucuk ayam yang telah diperap dengan lidi sate.
  3. Masukkan sate ke dalam air fryer dan masak selama 20 minit atau bakar di atas grill jika suka.
  4. Sementara itu, sediakan kuah kacang dengan mengisar kacang tanah yang telah disangai.
  5. Campurkan pes perapan sate, gula Melaka, air asam jawa, santan, air dan kacang kisar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  6. Setelah kuah kacang pekat, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama sate ayam.

Video penuh:

@myresipi

Resipi campak Ramadan Raya bersama Dr. Ezani || Satay Ayam + Kuah Kacang Bahan Perapan Satay: 500g isi ayam thigh (dipotong dadu sederhana) 1 pek MAGGI Pes Perapan Satay 1 sudu besar minyak masak 10-15 batang lidi satay (rendam dalam air 30 minit supaya tidak terbakar) Bahan Kuah Kacang (optional): ½ cawan kacang tanah (disangai & dikisar kasar) 1 pek MAGGI Pes Perapan Satay 1 sudu besar gula Melaka (pilihan) 1 sudu besar air asam jawa ½ cawan santan ½ cawan air 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa (optional) #MyResipi #ResepiCampakCampak #RamadanRaya2025 #Tajaan

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

 

Sumber Asli: MyResipi

Baca juga: Cara Mudah Buat Makaroni Bakar Cheezy, Habis Licin Dalam 10 Minit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN