resepi kuey teow

Jika anda inginkan kelainan untuk menu hidangan rumah terbuka, apa kata jom cuba resepi kuey teow thng ini.

Kadang-kadang, rasa bosan juga dengan juadah raya yang biasa seperti rendang, ketupat, soto, mi dan sebagainya.

Oleh itu, jom hidangkan sesuatu yang berbeza dari biasa kepada tetamu anda. Pasti mereka akan memuji tanpa henti!

Baca juga: Cara Buat Soto Ayam Sedap Merecik, Tak Sedar Boleh Habis 2 Mangkuk!

RESIPI KUAH KUEY TEOW THNG

resepi kuey teow

Bahan-bahan kuah:

  • Ayam (saya guna bahagian dada) + kaki ayam
  • Halia (ketuk)
  • Bawang putih (ketuk)
  • Sengkuang (potong nipis)
  • Gula batu
  • Garam
  • Kiub ayam

Cara-cara:

  1. Rebus ayam dan kaki ayam bersama halia, bawang putih, sengkuang, gula batu, garam dan kiub ayam.
  2. Rebus semua bahan hingga mendidih.
  3. Setelah itu, keluarkan ayam dan racik halus.
  4. Kuah akan mempunyai rasa manis-manis.

RESIPI SAMBAL

Bahan-bahan:

  • Cili kering (cuci & rebus)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan
  • 1 sudu besar udang kering
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan (cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering) hingga hancur.
  2. Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.

RESEPI KUEY TEOW THNG (CARA MENGHIDANG)

resepi kuey teow

Bahan sampingan:

Cara-cara:

  1. Semua bahan sampingan seperti tauge, fishball dan fishcake dicelur dalam air yang telah mendidih atas api. Anda boleh juga goreng ikut cita rasa masing-masing.
  2. Letak pilihan mi di dalam mangkuk dan susunkan semua bahan sampingan.
  3. Akhir sekali, tuangkan kuah dan letakkan sambal.

Sumber: Suliana Ishak

Baca juga: Resipi Mi Rebus Utara Kuah Pekat, Buat Banyak Kali Pun Tak Rasa Jemu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN