
Bermula dengan kuih raya klasik sehingga moden, semuanya sedap dinikmati pada Hari Raya. Kali ini, kami kongsikan cara buat Swiss Tart Strawberry pula untuk anda cuba di rumah.
Sekali pandang Swiss Tart Strawberry di depan mata, pasti terus terpikat. Bentuknya yang cantik bersama warna kemerahan jem strawberry, memang buat sesiapa pun tergoda.
Sebenarnya cara buat kuih raya ini sangat mudah dan tak perlukan bahan yang banyak. Ikut saja resipi oleh Nur Masri di Facebook ini, pasti menjadi. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Semperit Klasik Macam Raya Dulu-Dulu, Setiap Gigitan Terasa Nostalgia
RESIPI SWISS TART STRAWBERRY

Bahan-bahan:
- 500gm pure butter (jenama SCS)
- 140gm gula icing
- 340gm tepung gandum
- 340gm tepung jagung
- 1 penutup botol esen butter vanilla
- Jem strawberry (untuk hiasan)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, ayak tepung gandum dan tepung jagung terlebih dahulu, kemudian ketepikan.
2. Campurkan butter dan gula icing, kemudian kacau sampai sebati dengan menggunakan senduk.
3. Selepas itu, masukkan butter vanilla dan kacau sampai sebati lagi.
4. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati lagi sekali.
5. Seterusnya, masukkan dalam piping bag (adunan memang lembik sebab nak paipkan dalam piping bag yang dimasukkan nozzle 864 pada hujungnya).
6. Setelah selesaikan paipkan adunan, tekan sikit di bahagian atasnya dengan jari untuk letakkan jem strawberry.
7. Akhir sekali, bakar dengan suhu 150ºC selama 25 hingga 30 minit atau mengikut oven masing-masing. Setelah sejuk, boleh masukkan dalam bekas. Siap untuk dinikmati!

Dengan adanya Swiss Tart Strawberry sebagai salah satu hidangan kuih raya di rumah, tetamu yang datang berkunjung pasti memuji betapa rangup dan gebunya setelah dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Cara Buat Cornflakes Madu Guna Air Fryer, Rasa Sekali Mesti Terus Ketagih!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














