Apabila ditanya tentang biskut raya yang wajib ada, semestinya ramai jawab Cornflakes Madu. Sebenarnya, ada cara buat Cornflakes Madu yang mudah menggunakan air fryer.

Cornflakes Madu adalah biskut raya popular yang disukai ramai, terutamanya kanak-kanak. Gabungan cornflakes dengan madu sebagai pemanis semula jadi, memang memikat selera.

Biasanya, Cornflakes Madu akan dibakar di dalam oven. Jika ada air fryer di rumah, boleh ikut cara buat Cornflakes Madu yang dikongsikan oleh _farahfarhana_ di TikTok ini.

Baca juga: Resepi Semperit Klasik Macam Raya Dulu-Dulu, Setiap Gigitan Terasa Nostalgia

CARA BUAT CORNFLAKES MADU AIR FRYER

cara buat cornflakes madu

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, buka api dapur dan cairkan buttercup dalam kuali.

2. Masukkan madu dan gula, kemudian kacau sampai berbuih dan tutup api.

3. Selepas itu, masukkan cornflakes dan gaulkan sampai rata.

cara buat cornflakes madu

4. Kemudian, masukkan cornflakes yang sudah digaul tadi ke dalam paper cup.

5. Seterusnya, susun dalam bekas air fryer.

6. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 150ºC selama 5 minit. Siap untuk dinikmati!

Setelah buat resipi ini, anda sekeluarga dapat nikmati kerangupan cornflakes bersama manisnya madu yang menggoda selera. Tambahan pula, ia mudah dibuat dengan air fryer saja.

Selamat mencuba!

Sumber: _farahfarhana_

Baca juga: Biskut Cornflakes Tak Payah Bakar, Guna 3 Bahan Tapi Rangup Bukan Main

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending