
Kalau dah bosan masak makaroni goreng biasa, apa kata jom cuba versi letak keju ini pula. Resepi makaroni bakar simple ini sesuai untuk rumah terbuka pada Hari Raya.
Sebenarnya, menu ini tidak jauh berbeza dengan makaroni goreng. Yang membezakan hanyalah tambahan sos putih dan keju di atasnya.
Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi perkongsian oleh Puan Syamsyida Shamsuddin di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Makaroni Bakar Tanpa Guna Sos Segera, Mudah Je Caranya!
RESEPI MAKARONI BAKAR SIMPLE

Bahan-bahan:
- 1 paket makaroni (400 gram) – Rebus dengan sedikit garam dan minyak
Bahan white sos:
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 cawan susu (atau lebih, ikut kepekatan yang diinginkan)
- 1/2 kiub chicken stock
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 daun bay
Masukkan semua bahan dalam periuk. Panaskan dengan api kecil sehingga sedikit pekat. Kacau sentiasa untuk elak sos hangus.
Bahan sos makaroni:
- 1 paket daging cincang
- 2 bawang besar (cincang)
- 4 ulas bawang putih (hiris)
- Carrot dan celery (potong kecil)
- 1 tin Prego spaghetti sauce (original)
- 5 sudu besar sos cili
- Garam, gula, serbuk black pepper secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan olive oil. Masukkan bawang besar dan bawang putih.
- Bila bawang dah layu, masukkan daging cincang.
- Tambah carrot dan celery, gaul sebentar.
- Masukkan Prego sauce dan sedikit air.
- Tambah gula, garam dan serbuk black pepper.
- Akhir sekali, masukkan makaroni yang telah direbus.
Cara penyusunan:
- Dalam mangkuk atau baking tin, tuangkan makaroni. Gris dahulu dengan butter untuk elak makaroni melekat.
- Kemudian, lapiskan dengan white sos.
- Ratakan white sos dan taburkan mozzarella cheese. Lagi banyak cheese, lagi sedap!
- Taburkan juga Italian mixed herbs di atas.
- Bakar pada suhu 160°C selama 30-35 minit.
Sumber: Syamsyida Shamsuddin
Baca juga: Resipi Makaroni Bolognese Cheese, Puas Hati Boleh Letak Isi ‘Belambak’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














