
Tiada idea nak masak apa menggunakan lauk sotong? Jangan risau, jom cuba resepi sotong goreng butter kicap yang terlajak mudah.
Resipi ini sangat ringkas, hanya perlu campak-campak bahan. Dalam tempoh masa5 minit, hidangan dah siap untuk dinikmati!
Baca juga: Resipi Sotong Masak Kicap Pedas ‘Gebu’ Elok, Ikut Teknik Ini Tak Kecut & Tak Liat!
RESEPI SOTONG GORENG BUTTER KICAP

Bahan-bahan:
- Sotong (dibersihkan dan dipotong)
- 2 sudu besar butter (mentega)
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos tiram atau sos cili (mengikut citarasa)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 3-5 biji cili api (jika mahu pedas)
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
- Dalam kuali, panaskan sedikit minyak bersama butter hingga cair dan berbuih. Minyak membantu mengelakkan butter daripada cepat hangus.
- Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau dan bawang menjadi layu. Jika mahu lebih pedas, boleh masukkan cili api yang telah dipotong.
- Tuangkan kicap manis dan sos tiram/sos cili ke dalam kuali. Kacau rata supaya semua bahan sebati.
- Masukkan sotong ke dalam kuali dan kacau dengan cepat. Sotong tidak perlu dimasak terlalu lama kerana ia boleh menjadi liat. Biarkan sotong masak selama 3-5 minit sahaja atau sehingga kuah pekat dan sedikit kering.
- Jika perlu, tambah sedikit garam atau gula mengikut citarasa.
- Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Resipi ini mudah tetapi sangat sedap! Sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau malam. Ringkas tapi padu!
Sumber: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas
Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














