soya kurma

Jika mempunyai lebihan kurma di rumah, boleh cuba buat Air Soya Kurma Cincau ini. Bukan saja minuman sihat dan menyegarkan, malah buat kita rasa kenyang dan bertenaga.

Buat anda yang belum pernah buat minuman ini di rumah, kami cadangkan anda mencubanya sekali seumur hidup kerana rasa nikmatnya memang tak terhingga.

Anda boleh buat minuman sihat ini dengan menggunakan bahan mudah dan mengikut langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh ariannakitchen di TikTok. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Air Sunquick Laici Lazat Berkrim, Tiap Kali Teguk Terasa Nikmat!

RESIPI AIR SOYA KURMA CINCAU

soya kurma

Bahan-bahan:

  • 1 liter air kotak soya saiz besar (saya guna jenama F&N)
  • Cincau (dipotong kecil)
  • 6 biji kurma (dibuang bijinya)
  • Ais secukupnya

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, potong cincau dalam bentuk kecil.

2. Selepas itu, asingkan kurma daripada bijinya.

3. Kemudian, masukkan kurma dan air soya ke dalam blender.

4. Seterusnya, kisar sampai betul-betul lumat.

soya kurma

6. Setelah itu, masukkan campuran air ke dalam jug.

7. Kemudian, masukkan cincau ke dalam jug pula.

8. Akhir sekali, masukkan ais secukupnya.

Kelembutan soya, manisnya kurma dan cincau yang kenyal membuatkan minuman ini sesuai untuk berbuka puasa atau sebagai minuman sejuk sewaktu cuaca panas. Sekali teguk, pasti nak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: ariannakitchen

Baca juga: Resepi Air Anggur Susu Float, Segar Berkrim Buat Tekak Puas Tak Terhingga!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN