
Apakah makanan paling dinantikan pada bulan Ramadan? Semestinya ramai akan jawab Roti John. Kali ini, kami kongsikan resepi Roti John simple untuk anda cuba buat di rumah.
Seperti yang sedia maklum, Roti John dibuat dengan menggunakan roti panjang bersama inti daging cincang atau ayam serta telur dan cukup popular di Malaysia pada bulan Ramadan.
Walaupun tak sempat membelinya, anda boleh buat Roti John sendiri di rumah kerana bahan-bahannya cukup mudah serta cara membuatnya agak ringkas.
Oleh itu, kami cadangkan anda buat resepi Roti John simple dan menarik oleh Mazlinda Zakaria di Facebook ini yang menggunakan inti sardin saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap Luar Biasa
RESEPI ROTI JOHN SIMPLE INTI SARDIN

Bahan-bahan:
- Roti panjang
- 1 tin sardin kecik
- 4 biji telur besar
- Cili hidup (dipotong dadu)
- Bawang besar (dipotong dadu)
- 1 sudu kecil rempah kari ikan (tak ada pun tak mengapa)
- Sedikit garam
- Timun
- Tomato
- Sos cili
- Mayonis
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, hancurkan sardin terlebih dahulu,
2. Selepas itu, campurkan telur, cili hidup, bawang besar, rempah ikan dan sedikit garam.

3. Kemudian, gaulkan adunan yang telah dicampurkan tadi dengan sebati.
4. Seterusnya, goreng dalam kuali sampai masak dan letakkan roti di atasnya.

5. Akhir sekali, boleh letak timun, tomato, sos cili dan mayonis sebagai hiasan. Siap untuk dinikmati!
Kadangkala tak sempat ke bazar Ramadan kerana kekangan masa, teringin juga makan Roti John. Jadi, anda boleh gunakan resepi Roti John simple ini di rumah nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Mazlinda Zakaria
Baca juga: Resepi Sandwich Burger Guna Roti Gardenia, Menu Ringkas Dan Cepat Siap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














