resepi butter chicken

Resepi butter chicken adalah hidangan yang sangat digemari ramai, terkenal dengan kuahnya yang berkrim dan penuh rasa.

Namun, resipi kali ini berbeza sedikit kerana butter digantikan dengan minyak sapi dan sedikit mentega untuk memberi rasa yang lebih sedap.

Hasilnya, hidangan ini tidak terlalu manis atau berat, jadi ia boleh dinikmati tanpa rasa muak. Makan banyak pun tak apa!

Baca juga: Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

RESEPI BUTTER CHICKEN TANPA LETAK ‘BUTTER’

resepi butter chicken

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak sapi dan Planta dalam kuali. Tumis bawang putih yang telah dicincang halus hingga wangi.
  2. Setelah bau bawang putih naik, masukkan daun kari dan teruskan menumis hingga harum.
  3. Selepas itu, tuangkan susu cair tin ke dalam kuali. Kacau perlahan-lahan supaya susu cair sebati dengan bahan-bahan lain.
  4. Apabila susu cair sudah rata, masukkan ayam yang sudah digoreng. Gaul rata supaya ayam tersalut dengan kuah susu.
  5. Sebelum menutup api, masukkan lada jarum untuk memberi sedikit rasa pedas. Kacau lagi sekejap.
  6. Jika rasa kuah sudah cukup seimbang, boleh teruskan. Tapi jika nak rasa lebih sedap, boleh tambah sedikit perasa seperti garam atau serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing.
  7. Bila semuanya siap, boleh dihidangkan. Sesuai untuk makan tengah hari atau malam!

Nota:

Tak perlu guna banyak perasa sebab rasa sudah cukup seimbang dari Planta yang masin dan susu cair yang berlemak. Tapi kalau ada yang nak lebih rasa, boleh tambahkan mengikut selera. Selamat mencuba!

Sumber: Sya Rahimah Al-Khoirid

Baca juga: Resipi Sosej Ayam Homemade, Bila Gigit Lembut Elok & Tak Kenyal

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN