resepi puding red velvet

Nak buat puding cantik dan terbentuk elok bukanlah mudah, tapi tak mustahil jika tahu caranya. Baru-baru ini, kami terjumpa resepi Puding Red Velvet yang luar biasa.

Kami begitu kagum dengan hasil perkongsian resepi Puding Red Velvet yang dibuat oleh Rozita Daud di Facebook kerana ia cantik terpotong. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Roti Zebra Tanpa Kukus, Terus Dapat Corak Berbelang Cantik Macam Ini

RESEPI PUDING RED VELVET

resepi puding red velvet

Bahan-bahan:

  • 20gram agar-agar tali
  • 1 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu pekat
  • 4 keping roti
  • 6 atau 7 keping biskut coklat Munchy’s
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Sedikit pewarna red chili
  • Sedikit emulco red velvet

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masak agar-agar tali bersama air sampai cair dengan elok.

2. Kemudian, kisar roti yang telah dibuang bahagian tepinya bersama susu cair, susu pekat dan telur sampai sebati.

3. Selepas itu, pecah-pecahkan biskut coklay Munchy’s (buang cream dalam) tapi pastikan jangan sampai halus sangat.

4. Setelah agar-agar sudah cair, masukkan bahan kisar tadi dan tapis sederhana, kemudian kacau sampai bawah supaya puding tak hangit.

5. Apabila sudah mendidih, boleh tutup api dan bahagikan kepada dua bekas.

6. Seterusnya, gaul emulco red velvet bersama pewarna red chili dengan sedikit air panas saja untuk larutkan serbuk koko tersebut.

7. Boleh letak puding dalam bekas itu separuh dan lagi separuh letak biskut coklat Munchy’s, kemudian gaulkan.

8. Basahkan loyang (jangan lap) dan masukkan red velvet terlebih dahulu.

*Nak cepat keras, letak air sejuk dari peti di bahagian bawah loyang.
*Agak-agak keras, cucuk garfu supaya puding tak melekat apabila nak letak atas nanti.

9. Letak puding yang biskut itu secara perlahan-lahan dan biarkan setengah jam, kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam. Setelah itu, boleh potong.

resepi puding red velvet

Resepi Puding Red Velvet ini lebih kurang sama saja caranya seperti buat puding roti yang biasa, cuma teksturnya agak sedikit rangup dan sedap dimakan sejuk-sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Rozita Daud

Baca juga: Puding Cendol Gula Melaka, Penyegar Tekak Yang Lembut Dan Cukup Lemak Manis

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN