Roti jala bukan sahaja sesuai untuk hidangan petang, malah boleh dijadikan sarapan yang mengenyangkan. Teksturnya yang lembut dan berjalur membuatkan hidangan ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis kuah atau bahan ringkas.
Lebih menarik, resipi ini boleh menjadi pilihan untuk menghabiskan lebihan kari semalam yang kuahnya sudah pekat dan kaya dengan rasa. Selain kari, asam pedas juga sesuai dijadikan pencicah kerana rasanya yang berempah dan sedikit pedas menambahkan selera.
Jika tiada lauk atau kuah yang berbaki, hidangan ini juga sedap dinikmati bersama gula. Untuk mendapatkan hasil yang lembut, pastikan adunan tidak terlalu pekat supaya teksturnya tidak menjadi liat selepas sejuk.
Baca juga: Resipi Roti Jala Sos Pandan Yang Lembut & Wangi, Memang Puas Makan Sampai Ke Petang
RESIPI ROTI JALA LEMBUT
Bahan-bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 3 tin susu sejat
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Sedikit pewarna kuning
Cara Penyediaan:
- Masukkan tepung gandum, susu sejat, minyak masak, telur, garam, gula dan sedikit pewarna kuning ke dalam pengisar.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit dan kisar sehingga semua bahan sebati.
- Pastikan adunan mempunyai kepekatan sederhana, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Panaskan acuan dan tuangkan adunan ke dalamnya. Jalakan adunan di atas kuali mengikut bentuk yang diingini.
- Masak sehingga ianya tidak lagi melekat dan boleh diangkat. Ulang sehingga semua adunan habis.
- Siap dan boleh dihidangkan bersama kari ayam, kari daging, atau asam pedas. Roti jala juga sedap dinikmati bersama gula atau manisan.
Tip: Jangan hasilkan adunan yang terlalu pekat kerana ianya boleh menjadi liat apabila sudah sejuk. Tekstur adunan yang sederhana akan menghasilkan roti jala yang lebih lembut.
Sumber: Threads @aisyah_ghouse
Baca juga: Cara Buat Roti Jala Coklat Yang Lembut & Kurang Manis, Siap Ada Sos Cicah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

