Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali ini, kami nak ajar cara membuatnya yang mudah dengan sukatan cawan.
Kak Sue Saranghae II telah kongsikan cara buat Kek Coklat Moist sedap dengan topping coklat yang sangat meleleh di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Bila Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini
RESIPI KEK COKLAT MOIST SEDAP SUKATAN CAWAN
Bahan A:
- 3 biji telur gred A
- 1 cawan minyak masak
- ½ cawan gula
- ¾ cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair atau susu full cream
Bahan B:
- 1 cawan serbuk koko
- 1¼ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan topping coklat:
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kacau semua bahan A pakai whisk (nak blend pun boleh). Setelah siap kacau, ketepikan sebentar.
2. Selepas itu, ayakkan semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas bahan A tadi.
3. Kemudian, kacau dengan spatula sampai adunan rata.
4. Jika guna acuan 5″, timbang 200 hingga 210 gram untuk dapatkan sebanyak 4 bekas.
5. Kukus selama 40 minit hingga 1 jam atau sampai masak. Nak tahu kek sudah masak atau belum, ambil lidi dan cucuk di bahagian tengah. Jika lidi keluar bersih, tandanya sudah masak.
6. Seterusnya, boleh buat topping coklat dengan sebatikan semua bahannya sebelum masak atas dapur.
7. Kemudian, boleh masak terus dalam periuk atau buat kaedah double-boiler. Jika masak secara langsung, kena selalu kacau.
8. Setelah siap masak, tunggu topping coklat sejuk sedikit, baru curahkan atas kek. Siap untuk dinikmati!
Ramai yang suka makan Kek Coklat Moist sedap ini kerana teksturnya yang lembab dan gebu bersama topping coklat meleleh membuatkan tekak terliur melihatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Kak Sue SarangHae II
Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Bentuk Mini, Sedar-Sedar Dah Masuk Mulut!