cara buat pulut kuning

Cara buat pulut kuning dan kari ayam ini memang cukup mudah! Ia juga merupakan padanan yang sempurna! Rasa lemak pulut kuning yang lembut dengan kuah kari ayam yang pekat dan pedas memang tak boleh ditolak.

Resipi ini juga akan menunjukkan petua memasak pulut kuning yang cantik warnanya dan tak pecah perut. Resipi ini juga sedikit istimewa sebab kari ada diletakkan kerisik dan lengkuas yang membuatkan aromanya lagi mengancam.

Baca juga: Resipi Agar-Agar Gula Merah, Ini Rahsia Dapatkan Lapisan Santan Yang Tebal

CARA BUAT PULUT KUNING

cara buat pulut kuning

Bahan-bahan:

  • 1 kg pulut (bersihkan terlebih dahulu)
  • Air secukupnya
  • Serbuk kunyit
  • Pewarna kuning telur
  • 1 keping asam keping

Bahan A (kacau):

  • 1 kotak kecil santan segera (200g)
  • 1 kotak air (sukat menggunakan kotak santan)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Rendam pulut dengan air, serbuk kunyit, pewarna kuning telur dan asam keping selama 2 jam.
  2. Setelah itu, alirkan air dan bersihkan pulut, jangan kacau supaya pulut tidak patah.
  3. Kukus pulut selama 30 minit, kemudian angkat dan pindahkan ke dalam bekas.
  4. Kacau pulut dengan Bahan A sehingga mesra.
  5. Kukus pulut sekali lagi selama 5-10 minit.

RESIPI KARI AYAM PEKAT

cara buat pulut kuning

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (bersihkan)
  • 2 paket kecil serbuk kari daging
  • 3 sekawan: kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Bahan A (Kisar halus):

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang cili kering

Bahan B:

  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perasa secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • 4 sudu kerisik
  • 1 cawan santan
  • Air secukupnya
  • Segenggam bawang goreng (buat sendiri)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan A bersama 3 sekawan hingga masak garing.
  2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam kecut. Kemudian, masukkan Bahan B.
  4. Setelah ayam masak, tutup api dan masukkan telur rebus serta bawang goreng.

Kredit: Boss Chemat

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Macam Ini Memang Lembut Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN