resepi daging tetel

Resepi daging tetel kuah dalca ini memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi beriani, nasi tomato atau nasi minyak.

Selain itu, boleh juga dinikmati dengan nasi putih dan sambal belacan. Tak perlu lauk lain, ada satu lauk ini pun sudah cukup menyelerakan!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh di bawah yang merupakan perkongsian oleh Syalfarina Razali.

Baca juga: Cara Masak Daging Lada Hitam Paling Padu, Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

RESEPI DAGING TETEL KUAH DALCA

resepi daging tetel

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kilo daging (kalau daging tetel lagi sedap)
  • 1 batang carrot
  • 5 biji kentang
  • 3 batang terung
  • 2 genggam kacang dal
  • 4 batang kacang panjang
  • Rempah kari daging/ayam
  • 3 sekawan
  • Serbuk kunyit
  • Santan 1 kotak kecil
  • Bawang merah 10 ulas*
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Halia seinci*
  • Daun kari

Cara memasak:

  1. Kisar bahan bertanda (*).
  2. Rendam kacang dal dalam setengah jam
  3. Rebus daging terlebih dahulu dan jangan buang air rebusannya.
  4. Panaskan kuali, masukkan daun kari, rempah 3 sekawan dan tumis macam biasa.
  5. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik bau.
  6. Masukkan separuh daripada jumlah serbuk kari yang biasa digunakan. Contohnya, jika biasa guna 6 sudu besar untuk kari daging, untuk dalca ini guna 3 sudu besar sahaja.
  7. Masukkan serbuk kunyit.
  8. Masak rempah sehingga pecah minyak.
  9. Masukkan air rebusan daging dan masukkan sayur carrot dan kentang, reneh hingga empuk.
  10. Apabila sudah empuk, masukkan santan dan lebihan sayur lain seperti terung dan kacang panjang.
  11. Masukkan kacang dal dan daging yang sudah direbus tadi.
  12. Didihkan dan perisakan dengan garam serta serbuk perasa.
  13. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Syalfarina Razali

Baca juga: Daging Kunyit Ala Kelantan, Goreng Teknik Ini Lagi Sedap & Dijamin Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN