cara buat popia

Cara buat popia big mac ini menjadi tular di media sosial dan ramai peniaga turut mengambil peluang untuk menjualnya.

Walau bagaimanapun, sesetengah peniaga terpaksa menjualnya pada harga yang agak tinggi disebabkan kos bahan yang mahal.

Sekiranya anda sedang mencari resipi penuh untuk membuat popia Big Mac dan ingin mencubanya sendiri di rumah, jom lihat resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Resipi Popia Sira Sambal Rangup, Kena Letak 1 Bahan Ini Agar Salutan Cantik Berkilat!

CARA BUAT POPIA BIG MAC

cara buat popia

Bahan-bahan popia big mac:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daging kisar
  • Garam
  • Lada hitam

Cara-cara penyediaan popia big mac:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah itu, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus.
  2. Tumis bawang ini dengan api sederhana sehingga ia naik bau harum.
  3. Setelah bawang sudah naik bau, masukkan daging kisar ke dalam kuali.
  4. Tambahkan garam dan lada hitam secukupnya untuk memberi rasa pada daging.
  5. Biarkan sehingga masak dan ketepikan.

Bahan-bahan sos:

  • Sos keju
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Sos tomato
  • Bawang holland
  • Pickles/jeruk

Cara-cara penyediaan sos:

  1. Hiris bawang Holland dan acar.
  2. Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  3. Ambil kulit popia, letakkan inti daging, sedikit keju dan sos.
  4. Gulung dan goreng popia Big Mac sehingga keperangan atau masak sepenuhnya.

Kredit resipi dan gambar: Fatenayuni

Baca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN