Pulut Inti Kelapa Manis merupakan sejenis kuih klasik yang diperbuat daripada pulut dan santan dan dikukus, kemudian dihidangkan bersama kelapa parut yang dimasak dengan nisan.
Biasanya, kuih ini dihidangkan dalam balutan daun pisang berbentuk piramid. Apabila dibuka, anda akan bau aroma pulut bersama daun pisang yang cukup wangi.
AarillShah WG telah kongsikan cara buat Pulut Inti Kelapa Manis di Facebook yang nampak sungguh lazat. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Guna Periuk Nasi Je!
RESIPI PULUT INTI KELAPA MANIS
Bahan-bahan untuk inti kelapa:
- ½ biji kelapa parut
- 3 keping gula melaka (3 kerek )
- 1 sudu makan gula putih
- 2 sudu makan tepung gandum
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- ½ cawan air
- ½ sudu teh garam
Cara-cara membuat inti kelapa:
1. Dalam kuali, campurkan gula melaka, gula putih, daun pandan, garam dan air.
2. Masak sehingga semua cair guna api sederhana, kemudian baru tambah masuk kelapa parut dan juga tepung gandum.
3. Kacau sebati dan masak sehingga sedikit kering tapi masih lagi lembab, barulah sedap intinya. Ketepikan seketika.
Bahan-bahan untuk pulut:
- 4 cawan beras pulut
- 3 cawan santan sederhana pekat (2 kotak santan campur air sehingga cukup 3 cawan )
- ½ sudu teh garam
- 2 helai daun pandan (disimpul)
Bahan lain:
- Daun pisang (dilayur secukupnya)
Cara-cara membuat pulut inti kelapa manis:
1. Rendam dulu beras pulut minima 1 jam 30 minit (saya suka guna beras pulut susu). Setelah siap rendam, basuh dan toskan.
2. Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Tuang beras pulut dalam loyang. Tambahkan santan, garam dan daun pandan.
3. Kukus pulut 15 minit dan kacau bagi rata, kemudian sambung kukus 10 minit lagi. Setelah siap, sejukkan dulu pulut.
4. Ambil daun pisang yang telah dilayur mengikut saiz yang disukai, ambil pulut letak atasnya.
5. Tambah satu sudu makan inti kelapa di atas pulut dan bungkus seperti nasi lemak. Siap untuk dinikmati!
Setelah membuat resipi ini, anda pasti seronok kerana dapat makan Pulut Inti Kelapa Manis yang sangat sedap dan berlemak elok hasilnya.
Selamat mencuba!
Sumber: AarillShah WG
Baca juga: Kuih Pulut Sekaya ‘Lejen’, Resipi Orang Lama Ini Ada Petua Bagi Berlemak Elok