Resipi kek coklat karamel ini sangat senang untuk anda cuba serta sedap kerana lapisan karamel memberikan rasa manis yang sedikit pekat dengan gula yang dibakar buatkan anda termimpi-mimpi bila makan.
Rasa coklatnya pekat tetapi tidak terlalu manis, sesuai untuk mereka yang menggemari rasa coklat. Gabungan serbuk koko dengan susu pekat manis menghasilkan kek yang lembap.
Tambahan lagi, jangan risau sekiranya karamel anda sedikit hangus kerana ini akan menambahkan rasa umami kepada kek.
Jom baca resipi penuh di bawah ini.
Baca lagi: Resepi Cucur Udang Rangup, Wanita Ini Ajar Cara Mudah Buat Guna Senduk
RESIPI KEK COKLAT KARAMEL
Bahan-bahan:
Lapisan Karamel
- 3 sudu besar gula – Dicairkan dengan api perlahan sehingga keperangan. Ratakan gula yang cair pada permukaan loyang dan biarkan sejuk.
Lapisan Puding Karamel
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 3 biji kuning telur (gred A)
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau sebentar hingga sebati.
2. Panaskan pengukus.
3. Tapis adunan ke atas gula karamel yang sudah sejuk dalam loyang.
4. Kukus selama 25 minit sehingga menjadi lapisan puding.
Lapisan Kek Coklat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan serbuk koko
- 4 biji telur (gred A)
Cara Penyediaan:
1. Masukkan susu cair, susu pekat, gula, minyak, dan serbuk koko ke dalam periuk. Masak seketika di atas api perlahan sehingga sebati. Biarkan sejuk.
2. Pukul telur sebentar dan ketepikan.
Bahan Kering:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil baking soda
Cara Penyediaan:
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda bersama.
2. Masukkan adunan coklat yang sudah dimasak ke dalam mangkuk besar.
3. Campurkan bahan kering yang diayak dan telur secara berselang-seli ke dalam adunan coklat. Kacau sehingga rata.
4. Tuangkan adunan kek coklat ke atas lapisan puding karamel dalam loyang.
Mengukus Kek:
1. Kukus kek selama 45 minit dengan api sederhana.
2. Setelah masak, matikan api dan biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari loyang.
3. Potong dan hidangkan.
Petua:
- Gunakan api sederhana untuk memastikan tekstur kek masak sekata.
- Kukus dengan menutup loyang menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan air menitik ke dalam adunan.
Sumber: Norhazlin Zakaria
Baca lagi: Apam Kampung Pandan Gebu & Wangi, Ada Cara Supaya Tidak Cepat Basi