Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak menggunakan pes sama sekali. Jadi, tidak perlu susah payah beli pes di kedai.
Resipi tomyam ini juga tidak pedas, memang sesuai untuk yang ada anak-anak kecil. Selain itu, orang berpantang juga boleh cuba memasak tomyam guna cara ini.
Baca juga: Udang Sambal Petai, Masukkan Bahan RAHSIA Ini Supaya Pekat Dan Ekstra Sedap
CARA MASAK TOMYAM KAMPUNG TANPA PES
Bahan-bahan:
- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Bawang holland
- Tomato
- Lengkuas
- Serai
- Sotong (atau lauk yang disukai)
- Kiub ayam
- Sayur yang disukai (lobak merah, kubis bunga, cendawan)
- Daun limau purut
- Cili padi
- Limau nipis
- Garam
- Sos ikan
- Serbuk perasa
- Daun ketumbar
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan masukkan agar ketumbar, bawang putih, bawang holland, lengkuas dan serai. Tumis sehingga kuning, kemudian baru masukkan tomato.
- Apabila semua bahan dah bertukar warna karamel, boleh masukkan air. Boleh lebihkan tomato jika nak warna kuah lebih merah nanti.
- Masukkan air. Kalau untuk tomyam ayam, boleh masukkan ayam dan tunggu mendidih. Tapi jika guna sotong, masukkan sayur dahulu.
- Perasakan dengan kiub ayam.
- Selepas itu, masukkan lobak merah dan bunga kubis. Boleh juga letak cendawan jika suka.
- Masak sehingga sayur empuk.
- Seterusnya, masukkan daun limau purut.
- Tunggu sehingga mendidih sebelum masukkan cili padi yang diketuk.
- Waktu ini boleh masukkan pula sotong/udang.
- Jangan lupa perah limau nipis untuk naikkan rasa masam.
- Tambahkan garam, sos ikan dan serbuk perasa.
- Akhir sekali, taburkan daun ketumbar semasa menghidang.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Suzanna Izwani Harun
Baca juga: Resipi Sup Ikan Merah ‘Power’, Masak Banyak Kali Pun Tak Rasa Bosan