Pernah cuba makan Ikan Lengat? Bagi yang sudah biasa, pasti tahu betapa sedapnya lauk ini kan? Cara buat ikan lengat ini ringkas sahaja, tetapi cukup membuka selera.
Di Pantai Timur, ikan lengat ini dikenali sebagai ikan rebus atau ikan kukus, manakala di Utara, ia dipanggil temenung lengat. Di negeri lain, mungkin ada nama yang berbeza untuk hidangan ini.
Rasanya yang masam-masam masin membuatkan hidangan ini begitu enak! Kalau nak cuba, lihat resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Selayang Rebus Goreng, Bau Yang Memikat Buat Ramai Terliur!
CARA BUAT IKAN LENGAT GORENG
Bahan-bahan:
- 1 1/2 kg ikan temenung segar – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
- 3 sudu makan garam
- 7-8 keping asam gelugur/ keping
Cara-cara:
1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.
2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.
4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Sue M Arukin
Baca juga: Ikan Bawal Putih Masak Sos, Resipi Semudah ABC Ini Pasti Ramai Suka!