sotong masak lemak padang

Sekali-sekala nak cuba makanan Padang, apalah salahnya. Oleh itu, kami nak kongsikan satu resipi mudah dan sedap iaitu Sotong Masak Lemak Padang yang cukup beraroma.

Makanan Padang adalah masakan orang Minangkabau yang popular di Asia Tenggara Maritim terutama Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Nak tahu betapa sedapnya makanan Padang, anda wajib cuba resipi Sotong Masak Lemak Padang yang dikongsikan oleh Mona Din di Facebook ini. Jom kita buat!

Baca juga: Resipi Singgang Sotong Yang Luar Biasa, Tengok Kuah Pun Dah Kecur Air Liur!

RESIPI SOTONG MASAK LEMAK PADANG

sotong masak lemak padang

Bahan-bahan:

  • 6 hingga 8 ekor sotong (cuci bersih)
  • 2 biji bawang besar (belah 4)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 2 biji kentang (belah 4)
  • 4 biji cili padi (belah hujung)
  • 2 helai daun salam (boleh ganti daun limau purut, tak letak pun tak apa)
  • 3 sudu minyak (untuk menumis)
  • 1 kotak santan
  • Air secukupnya
  • Garam, perasa, gula (secukup rasa)

Bahan-bahan kisar:

  • 4 biji cili besar merah
  • 3 tangkai cili kering atau cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak masak terlebih dahulu.

2. Selepas itu, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.

3. Seterusnya, masukkan serai, daun salam dan kacau.

4. Masukkan bawang besar dan ubi kentang, kemudian kacau lagi.

sotong masak lemak padang

5. Selanjutnya, masukkan santan, air, tomato, sotong, garam, perasa dan sedikit gula jika mahu.

6. Akhir sekali, kacau seketika bagi sotong masak. Siap untuk dihidang!

Bagi memastikan sotong anda tak liat dan menjadi keras, anda tak perlu memasaknya dengan begitu lama dan cukup masak sekejap saja supaya ia tak kecut juga.

Makanan Padang cukup terkenal dengan penggunaan santan dan cili pedas. Samalah seperti Sotong Masak Lemak Padang ini, rasa sedap dan pedasnya memang kena dengan selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Mona Din

Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN