resepi ayam masak cabai

Hidangan lauk orang dulu-dulu tak pernah lekang dek zaman, samalah seperti resepi Ayam Masak Cabai ini. Walaupun sudah berabad, namun kesedapannya masih terasa.

Orang lama mesti tahu betapa harumnya hidangan Ayam Masak Cabai ini. Jika zaman sekarang, mungkin orang sudah memanggilnya ayam masak merah atau ayam masak cili.

Resepi Ayam Masak Cabai ini telah dikongsikan oleh seorang wanita di blog namakucella yang sangat suka memasak di rumah untuk anak-anaknya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Lemak Jawa, Lauk ‘Next Level’ Yang Mak-Mak Wajib Cuba!

RESEPI AYAM MASAK CABAI

resepi ayam masak cabai

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (8 ketul)
  • ¼ cawan minyak
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu teh gula perang

Bahan-bahan giling atau kisar:

  • 30 cili kering (buang biji dan rebus)
  • 1 bawang besar
  • 5 bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 hiris lengkuas
  • 3 hiris halia
  • 1 ketul kunyit

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaulkan ayam dengan garam dan kunyit terlebih dahulu.

2. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak, tapi tak perlu garing sangat.

3. Dalam minyak yang sama dengan anggaran ¼ cawan, tumis bahan kisar sehingga naik minyak.

4. Kemudian, tambah garam, gula dan masukkan juga ayam yang sudah digoreng.

5. Seterusnya, gaul rata dan biar sehingga kuah pekat dan berminyak.

6. Akhir sekali, boleh sesuaikan rasa dengan garam, gula atau secukup rasa. Siap untuk dihidang!

resepi ayam masak cabai

Orang dulu-dulu sangat suka hias hidangan lauk dengan menaburkan hirisan kucai dan bukan daun bawang. Kemungkinan besar, kucai lebih mudah didapati ketika itu berbanding daun bawang.

Dalam resepi Ayam Masak Cabai, anda boleh tambahkan kentang sebagai sampingan juga. Setelah memakannya, pasti teringat nostalgia sewaktu di kampung dulu.

Jika anda mahukan rasa impak sambalnya yang lebih terangkat dan menyelerakan, anda perlu gunakan kunyit hidup semasa memasak resepi ini di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: namakucella

Baca juga: Ayam Masak Serai Thai, Ramai Suka Resipi Ini Sebab Aroma Mengancam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN