resepi kek pisang simple

Kek Pisang boleh dibuat sama ada dibakar atau dikukus. Jika anda belum pernah buat kek menggunakan periuk nasi, kami cadangkan anda cuba resepi Kek Pisang simple ini.

Ramai yang sukakan Kek Pisang kerana teksturnya lembut dengan rasa pisang dan ia merupakan pilihan minum petang yang lazat bersama keluarga tersayang.

Dengan resepi Kek Pisang simple oleh Maziah Nur Wafa Wafa di Facebook ini, anda akan dapat hasil yang cukup memuaskan walaupun menggunakan periuk nasi. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!

RESEPI KEK PISANG SIMPLE GUNA PERIUK NASI

resepi kek pisang simple

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum cap bunga ros
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur gred B
  • ¾ cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu susu pekat manis
  • Pisang
  • Choco rice

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Selepas itu, kisar telur, gula, minyak masak dan susu pekat manis.

3. Potong pisang kurang dari setengah inci dan sukat untuk 1 cawan.

4. Dengan menggunakan bekas lain, lenyek-lenyekkan pisang yang telah dipotong.

5. Kemudian, tuang adunan yang dikisar tadi dan gaul bersama.

6. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati.

7. Seterusnya, oleskan minyak pada loyang dan boleh tuang adunan, kemudian tabur choco rice. Siap untuk dibakar atau dikukus!

*Bakar: ikut oven masing-masing, perlu serasi dengan suhu dan cara anda membakarnya.
*Kukus: lebih kurang 45 minit ke atas, tapi ikut juga pada kuantiti dan saiz periuk nasi anda.

resepi kek pisang simple

Cara kukus kek pisang guna periuk nasi:

  • Terus letak air dalam periuk nasi, panaskan dulu 5 minit, kemudian barulah letakkan loyang.

Cara bakar kek pisang guna periuk nasi:

  • Letakkan pelapik besi yang rendah dalam periuk nasi, panaskan dulu 5 minit, kemudian letakkan loyang.

Semasa membuat resepi Kek Pisang simple ini di rumah, anda perlu gunakan loyang yang lebih kecil supaya ia betul-betul muat dalam periuk nasi.

Memang berbaloi buat Kek Pisang ini kerana hasilnya sangat lembut dan sedap dimakan. Silap-silap, mak mentua pun sampai puji pandai buat kek.

Selamat mencuba!

Sumber: Maziah Nur Wafa Wafa

Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Dengan 5 Bahan, Resipi Paling Bajet Dan Mudah Abad Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN