resepi tofu telur

Resepi tofu telur homemade sebenarnya sangatlah mudah! Tofu telur ini boleh dijadikan bahan dalam pelbagai menu, seperti sup, inti dumpling, atau dimasak bersama sayur-sayuran.

Walaupun tauhu telur mudah didapati di pasar raya, membuatnya sendiri di rumah memberikan kelebihan tersendiri. Rasanya lebih enak, dijamin bersih serta halal.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat cara penyediaannya dengan lebih lanjut di bawah.

Baca juga: Resipi Egg Tofu Masak Sos Tiram, Ini Petua Elak Tauhu Melekat & Hancur

RESEPI TOFU TELUR HOMEMADE GUNA 2 BAHAN

resepi tofu telur

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 biji telur saiz besar
  • 500 ml susu soya tanpa gula (unsweetened soy milk)
  • 1/2 sudu kecil garam batu himalaya

Cara-cara penyediaannya:

  1. Pecah semua telur ke dalam bekas atau mangkuk besar.
  2. Letakkan garam ke dalam telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Selepas itu, tuangkan susu soya ke dalam campuran telur.
  4. Sambung kacau sehingga susu bercampur rata dengan telur.
  5. Sediakan loyang dan lapik dengan baking paper.
  6. Tuangkan campuran telur dan susu tadi ke dalam loyang sambil ditapis.
  7. Kukus selama 20 minit di dalam pengukus yang sudah dipanaskan.
  8. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
  9. Terbalikkan loyang untuk keluarkan tofu telur. Buang baking paper dan potong sisi.
  10. Potong kepada bentuk petak mengikut saiz yang disukai.
  11. Masak apa sahaja yang anda suka dengan tofu telur ini. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Emily Voo

Baca juga: Resipi Mapo Tofu, Tauhu Berkuah Pedas Stail Masakan Cina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN