kuih akok kedut

Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terkenal dengan aneka kuih-muih yang sedap belaka dan salah satunya ialah kuih Akok Kedut yang sungguh sedap.

Buat anda yang baru kali pertama dengar tentang kuih Akok Kedut, sebenarnya ia merupakan antara kuih tradisional terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu.

Ramai yang tertanya bagaimana caranya untuk dapatkan hasil yang berkedut elok. Sebenarnya, terdapat cara membakar yang unik menggunakan acuan untuk dapat hasil menjadi.

Buat anda yang belum pernah makan sebelum ini, boleh buat sendiri di rumah dengan resipi kuih Akok Kedut yang dikongsikan oleh Orkid Melati di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuih Cara Berlauk Guna Inti Kentang, Lembut Dan Manisnya Cukup Rasa!

RESIPI KUIH AKOK KEDUT

kuih akok kedut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan telur atau guna 5 biji
  • 1 cawan santan pekat
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan air gula melaka yang telah dimasak (ikut tahap kemanisan masing-masing)
  • Secubit garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, bancuh bahan sampai sebati. Nak guna mesin pengisar pun boleh. Setelah siap bancuh, kena tapis terlebih dahulu.

2. Kemudian, panaskan oven dengan suhu 200°C selama 15 minit.

3. Sementara itu, boleh sapu sedikit minyak pada acuan muffin dan masukkan ke dalam oven, kemudian panaskan sekejap.

4. Setelah siap dipanaskan, bolehlah tuang bancuhan tadi ke dalam acuan muffin yang telah dipanaskan sebentar tadi.

kuih akok kedut

5. Seterusnya, bakar dengan suhu 180°C menggunakan api atas bawah selama 20 hingga 30 minit sehingga masak. Siap untuk dinikmati!

Buat pengetahuan anda, resipi kuih Akok Kedut ini dapat hasilkan sebanyak 20 biji lebih tau. Jika ingin hasilnya sedikit saja, anda hanya perlu kurangkan sukatan tadi.

Kuih ini mempunyai rasa manis bertelur yang sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. Selain sedap dinikmati ketika minum petang, anda boleh jadikannya sebagai sarapan yang menarik juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Orkid Melati

Baca juga: Resepi Kuih Ropa Berinti Sedap, Guna Sukatan Ini Pasti Rangupnya Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN