resepi biskut kelapa

Resepi biskut kelapa ini agak unik kerana ia menggunakan biskut jagung bersama kelapa parut. Gabungan ini memberikan rasa dan tekstur yang menarik.

Jika anda mempunyai biskut yang tidak habis, inilah peluang untuk mencuba resipi ini. Selain itu, biskut kelapa ini sangat mudah disediakan.

Resipi ini hanya beberapa bahan dan langkah yang ringkas, anda boleh menghasilkan biskut yang lazat untuk dinikmati bersama keluarga.

Dengan rasa kelapa yang wangi dan sedikit manis dari biskut jagung, ia pasti akan memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!

RESEPI BISKUT KELAPA

resepi biskut kelapa

Bahan-bahan:

  • Sebungkus biskut (kisar halus)
  • 300g kelapa parut
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Sediakan sebuah mangkuk besar. Masukkan biskut yang telah dikisar halus, kelapa parut, gula, dan garam. Gaul semua bahan ini hingga sebati.
  2.  Setelah bahan-bahan digaul rata, pindahkan campuran ke dalam bekas bertutup. Tutup bekas dengan rapat dan biarkan campuran tersebut diperap selama 30 minit
  3.  Setelah 30 minit, ambil bekas ais kiub dan isi campuran biskut ke dalam setiap lubang. Pastikan anda tekan campuran dengan kuat agar biskut terbentuk dengan baik. Selepas itu, terbalikkan bekas ais kiub ke atas tray untuk mengeluarkan biskut yang telah dibentuk.
  4. anaskan oven pada suhu 170°C. Susun biskut yang telah dibentuk di atas tray pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Pantau biskut semasa membakar; apabila permukaan biskut berwarna keemasan, ia sudah siap untuk dikeluarkan dari oven.
  5. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Norhawati Nadzir

Baca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN