Peminat pencuci mulut memang seronok jika dapat buat resepi Swiss Roll yang paling mudah dan jimat di rumah. Lebih-lebih lagi, ia merupakan antara jenis kek yang disukai ramai.
Swiss Roll disebut juga sebagai kek gulung yang dibuat dalam bentuk silinder dan setiap lingkaran mempunyai krim dengan rasa lazat berlainan seperti coklat, pandan, jem dan banyak lagi.
Baru-baru ini, kami telah terjumpa resepi Swiss Roll yang sangat menarik dalam versi jimat oleh Mhdr Nina di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!
RESEPI SWISS ROLL
Bahan-bahan:
- 6 biji telur
- 90g gula pasir halus
- 1 sudu makan ovalette
- 100g tepung kek (self rising flour)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100g minyak jagung atau butter cair
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, satukan semua bahan kecuali minyak. Kemudian, putar menggunakan kelajuan tinggi sehingga kelihatan kental dan berwarna putih.
2. Selepas itu, masukkan minyak dan kaup balik sehingga sebati.
3. Seterusnya, ambil sedikit adunan. Lebih kurang 2 sudu makan Letak pewarna coklat atau sedikit serbuk koko. Kacau dan masukkan ke dalam piping plastik.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di lapis dengan kertas minyak (saya guna loyang 12″x12″, jika tiada loyang besar, boleh buat separuh adunan saja, guna loyang 10″x10″).
5. Setelah itu, buat garisan memanjang menggunakan adunan coklat tadi, kemudian lorekkan menggunakan lidi.
6. Bakar pada suhu 170ºC selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak mengikut kesesuaian oven masing-masing. Setelah siap dibakar, sejukkan sebentar.
7. Sediakan sekeping kertas minyak, telangkupkan kek yang telah masak tadi. Letak krim, sapu rata. Gulung kek ketat-ketat dan bungkus sekejap menggunakan kertas minyak tadi.
8. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 15 minit atau sehingga krim set. Kemudian, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!
Resepi Swiss Roll ini sangat mudah dan jimat tanpa menggunakan banyak bahan sekalipun serta ia boleh dijadikan sebagai pencuci mulut yang sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Mhdr Nina
Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Dengan 5 Bahan, Resipi Paling Bajet Dan Mudah Abad Ini!