air asam

Air asam kerisik ini paling sedap bila dipadankan dengan daging bakar yang berlemak, ikan bakar, kerang rebus, atau nasi daging. Bayangkan pun dah buat kecur air liur!

Kombinasi rasa masam, manis, pedas, dan sedikit berlemak daripada kerisik menjadikan pencicah ini sangat menyelerakan.

Rugi kalau anda tak ikut resipi lengkap di bawah ini. Jom baca!

Baca lagi: Resipi Mi Goreng Mamak, Buat Jiran Sebelah Terliur!

RESIPI AIR ASAM KERISIK

Bahan-bahan Air Asam Kerisik:

  • Cili Padi
  • Cili Merah Besar
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Tomato
  • Serai
  • Bawang Merah
  • Tomato (Untuk Hiris)
  • Kerisik
  • Air Asam Jawa
  • Sos Cili

Cara Penyediaan:

1.  Mula-mula, tumbuk atau kisar cili padi, cili merah besar, belacan, garam, gula, dan sedikit tomato. Pastikan bahan-bahan ini ditumbuk atau dikisar sehingga hancur dan sebati.

2. Jika anda ingin menggunakan blender, tambahkan sedikit air supaya bahan-bahan lebih mudah dikisar. Selepas itu, ketepikan bahan kisar ini. Serai perlu dihiris nipis-nipis.

3. Hiris bawang merah dan tomato dengan saiz yang sama. Jumlah bawang bergantung kepada citarasa anda; jika anda suka rasa bawang yang lebih kuat, boleh tambah lebih banyak. Sebaiknya hiris tomato sama banyak dengan bawang.

4. Setelah semua bahan siap, campurkan bahan-bahan tumbuk atau kisar tadi dengan hirisan bawang, tomato, dan serai.

5. Tambahkan kerisik, air asam jawa secukup rasa, dan sedikit sos cili untuk memberikan rasa manis pedas yang seimbang.

6. Gaul rata semua bahan tadi dan rasa air asam anda. Laraskan rasa manis, masam, masin, dan pedas mengikut kesukaan anda. Jika terlalu masam, boleh tambahkan sedikit gula. Jika kurang masin, tambah garam.

Tips Penting:

  •  Pastikan anda menggunakan kerisik yang segar untuk memastikan rasa lemak yang sedap. Jika tiada kerisik, anda boleh membuat sendiri dengan menyangai kelapa parut sehingga kekuningan dan menumbuknya hingga halus.
  • Gunakan air asam jawa yang tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  • Jumlah cili padi boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan yang anda suka. Jika anda suka pedas, tambahkan lebih banyak cili padi.

Sumber: Shida Razak KC

Baca lagi: Resipi Sandwich Telur Tanpa Rebus, Ikut Cara Ini Memang Senang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN