sambal tumis sotong

Hari ini jom masak sambal tumis sotong kembang yang memang sedap! Resipi ini cukup istimewa kerana kita tak perlu guna ubat sotong untuk melembutkannya.

Caranya sangat mudah, sotong dipotong kecil dan kemudiam direndam sekejap dengan tepung gandum. Ini akan membantu sotong jadi lebih lembut tanpa perlukan bahan tambahan.

Sebelum mula memasak, ada satu langkah penting yang perlu dilakukan. Sangai sotong dalam kuali tanpa minyak selama lima minit. Langkah ini bertujuan untuk mengeluarkan air dari sotong supaya bila dimasak nanti, sambal tak akan terlalu berair dan sotong tak jadi liat.

Setelah lima minit, toskan sotong dan teruskan dengan proses memasak sambal seperti biasa. Dengan cara ini, sotong kembang akan jadi lembut dan sambal tumis kita pasti akan menjadi lebih sedap.

Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!

RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong kembang (jenis basah)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 7 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 7 senduk kecil cili kisar
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan gula merah/melaka
  • 1 sudu makan garam
  • 4 sudu makan air asam jawa
  • Garam, gula, dan perasa secukupnya

Cara-cara:

  1. Untuk melembutkan sotong kembang tanpa menggunakan ubat sotong, potong sotong kecil-kecil dan rendam seketika dengan tepung gandum.
  2. Sebelum dimasak, sangai sotong dalam kuali tanpa minyak selama 5 minit. Tujuan langkah ini adalah untuk mengeluarkan air sotong. Setelah 5 minit, toskan sotong dan angkat. Sotong kemudian boleh dimasak seperti biasa. Dengan cara ini, sotong tidak akan liat. Semasa disangai, tidak perlu tunggu sehingga air kering. Ini kerana apabila sotong dimasukkan ke dalam sambal, ia tidak akan terlalu berair dan sambal tidak akan mengambil masa lama untuk pekat.
  3. Untuk menyediakan sambal, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, dan halia yang telah dikisar sehingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar dan masak lagi sehingga pecah minyak.
  5. Setelah sambal pecah minyak, masukkan sotong, garam, gula, dan air asam jawa. Gaul rata.
  6. Kecilkan api dan biarkan sambal mendidih sehingga agak pekat. Anggaran masa adalah selama 20 minit.
  7. Sambal Tumis Sotong Kembang siap untuk dinikmati.

Kredit resipi dan gambar: Zarinah Abu Yazid

Baca juga: Cara Lembutkan Sotong Kering Dengan Cepat, Tak Perlu Rendam 1 Malam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN