cara buat air asam

Pasti ramai penggemar air asam bukan? Tahukah anda, rupanya ada petua cara buat air asam yang lagi padu dari biasa. Dijamin sedap sampai nak tambah lagi!

Petua ini bukan saja membuatkan air asam lagi sedap tapi juga ada rasa yang ‘kick’. Kuncinya adalah jangan bakar belacan!

Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya seperti perkongian oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail di bawah.

Baca juga: Cara Buat Air Asam Ikan Rebus, Resipi Jimat Tapi Sangat Menyelerakan!

CARA BUAT AIR ASAM SEDAP, ADA PETUANYA

Bahan-bahan:

  • Cili api (dirincik halus)
  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Buah tomato (dirincik halus)
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa
  • Belacan (petua air asam sedap, jangan bakar belacan)
  • Kerisik

Cara-cara:

  1. Semua bahan di atas perlu diramas dengan air perahan asam jawa. Pastikan jumlah air yang digunakan tidak terlalu banyak; biar air asam tersebut antara pekat dan cair. Jangan terlalu cair.
  2. Belacan dan kerisik boleh ditambah mengikut citarasa untuk meningkatkan kelezatan air asam ini. Cili api juga boleh ditambah mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  3. Secara ringkas, jika rasa air asam kurang memuaskan, anda boleh menambah bahan-bahan untuk mencapai rasa yang lebih sedap.

Kredit: Syed Mohd Nazli Jamalullail

Baca juga: Cara Buat Roti Puri Yang Sedap, Kembang & Lembut, Tak Sangka Semudah Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN