ayam sambal hijau

Nak buat hidangan ringkas tapi menyelerakan untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh masak Ayam Sambal Hijau hari ini.

Ayam Sambal Hijau ialah masakan yang berasal daripada Sumatera Barat, Indonesia. Bahan asasnya ialah daging ayam serta cili yang berwarna hijau.

Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan dari serata dunia dan orang Malaysia cukup menyukai hidangan ini kerana pedasnya yang cukup membara apabila dimakan.

Baca juga: Ayam Tumis Thai Paling Cepat, Ramai ‘Repeat’ Sebab Sedap Lain Macam

Di Malaysia, kita boleh jumpa hidangan ini di restoran yang menyajikan masakan Padang, namun terdapat juga kedai makan yang menjualnya.

Ramlah Nong telah kongsikan resipi Ayam Sambal Hijau di Facebook yang sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!

RESIPI AYAM SAMBAL HIJAU

ayam sambal hijau

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam
  • Petai (ikut suka nak letak banyak atau sikit)
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 15 biji cili api* ( jika nak pedas, tambah lebih)
  • 3 biji cili hijau*
  • 1 kiub pati ayam Knoor
  • Sedikit garam dan gula

Cara-cara:

1. Mula-mula, basuh ayam dan toskan, kemudian gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.

2. Selepas itu, goreng ayam separa masak dan ketepikan terlebih dahulu.

3. Seterusnya, kisar bawang besar, bawang putih, cili api dan cili hijau sehingga lumat, kemudian, guna sedikit minyak lebihan goreng ayam dan tumis bahan yang dikisar tadi.

4. Setelah bau wangi dan agak garing, boleh masukkan petai dan kiub pati ayam, kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.

ayam sambal hijau

5. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula sedikit. Siap untuk dihidang!

Sebagai tambahan, anda boleh letak sedikit belacan dalam resipi Ayam Sambal Hijau ini untuk menambahkan kelazatannya. Namun, tak letak belacan pun hidangan ini tetap sedap dimakan.

Selepas ini, bertambahlah koleksi resipi sedap dan menarik untuk anda masak buat seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ramlah Nong

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Paling Mudah, Aroma Kuah Sedap Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN