kek pisang coklat

Jika ada teringin kek pisang coklat yang mempunyai rasa premium dan cara membuatnya semudah ABC, jom cuba resipi yang dikongsikan ini.

Rasa seimbang antara manis coklat dan juga pisang membuatkan kek ini sangat sedap serta lembut.

Nak buat juga tidak memerlukan mixer atau blender hanya gunakan whisk sudah memadai.

Jom baca resipi kek pisang coklat di bawah.

Baca juga: Resipi Brownies Kedut, Ada Cara Untuk Dapatkan Kedutan Yang Cantik

RESIPI KEK PISANG COKLAT

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang lemak manis, lenyek dengan garpu
  • 1 sudu besar pati delima (pilihan)
  • 1 cawan gula perang
  • 3 biji telur gred A atau 4 biji gred C
  • ½ cawan minyak masak (minyak kelapa dara pilihan terbaik)
  • ½ cawan mentega masin cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh perisa coklat (pilihan)
  • 2 cawan tepung naik sendiri (diayak bersama 1 sudu teh baking powder & 1 sudu teh baking soda)
  • ½ cawan serbuk koko Van Houten (diayak)
  • ½ sudu teh garam halus
  • ½ cawan cebisan coklat Cadbury atau sebarang coklat pilihan

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas besar dan kacau hingga sebati. Jangan terlalu lama mengacau adunan.

2. Panaskan oven kepada 170°C.

3. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci.

4. Taburkan chocolate chip dan almond flakes di atas adunan jika suka.

5. Bakar selama 50-60 minit. Periksa dengan lidi; jika tidak melekat, kek sudah masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Shida Razak KC

Baca juga: Bakers Ini Kongsi Resipi Congo Bar Hasil Jualannya, Kek Yang Paling Laris!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN