perapan kambingTak semua perapan kambing yang dijual di luar sana, kena dengan selera kita. Kadang kala, harga tidak setanding rasa yang buatkan kita rasa frust sebagai pembeli!

Jadi, marilah cuba buat sendiri perapan kambing yang pastinya sedap dan mudah. Resipi perapan ini juga boleh digunakan untuk protein lain seperti daging lembu dan ayam.

Jangan lupa untuk buat beberapa hidangan sampingan seperti kentang lenyek. Barulah lengkap western food anda!

Jom baca perkongsian di bawah ini.

Baca juga: Resipi Karipap Kurma Daging, Kulit ‘Maintain’ Rangup Dari Pagi Sampai Petang!

RESIPI PERAPAN KAMBING

Bahan-Bahan:

  • Beberapa keping kambing (4-8 keping, bersihkan dan letak dalam bekas)
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 5-8 biji bawang putih (dikisar)
  • Serbuk lada hitam, garam, dan gula perang secukup rasa
  • Sos tiram, serbuk cili, kicap manis, dan sedikit kicap cair secukup rasa
  • Sedikit air (jika adunan terlalu pekat)

Cara-Cara:

1. Gaul semua bahan hingga sebati bersama lamb.

2. Perap dalam peti ais selama sehari di tempat dingin (bukan beku).

3. Jangan buat perapan terlalu manis atau masin, cukup sekadar sesedap rasa.

4. Selepas perap, lamb boleh disimpan dalam bekas dan dibekukan.

5. Apabila ingin makan, defrost dan grill.

Tips:

Buat dalam kuantiti banyak untuk memudahkan penyediaan. Setelah perap, bahagi kepada beberapa bekas untuk simpanan.

perapan kambing

Selamat mencuba

Sumber: Shida Razak KC

Baca juga: Resipi Brownies Paling Mudah. Sesuai Untuk Yang Tak Suka Manis, Rasa Ngam Dengan Tekak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN