Resipi hari ini adalah kari ikan jenahak yang dikongsikan oleh saudara Veera Saravanan. Kalau kaum India yang kongsikan resipi kari, memang tak ragui lagi kesedapannya.
Kalau kaum Melayu lauk kari mesti perlu dipadankan dengan sambal belacan. Tetapi berlainan dengan kaum India yang gemar makan bersama raita timun.
Jom tengok resipi yang terlalu sedap sehingga menjilat jari di bawah ini.
Baca juga: Resipi Ikan Siakap Sambal Berlado, Masak Macam Ini Memang Terlajak Sedap!
RESIPI KARI IKAN JENAHAK
Bahan Tumis:
- Halba atau halba campur
- Biji sawi
- 10 ulas bawang putih, dikupas
- Daun kari
Bahan Sayur:
- Terung bulat dan bendi, dilumur kunyit dan digoreng seketika
- Tomato, dipotong dan diketepikan
Bahan Basah:
- Santan nipis
- Serbuk kari ikan
- Serbuk kunyit
- Sedikit serbuk cili (jika mahu pedas)
- Garam secukupnya
Campurkan semua bahan basah dalam satu bekas. Sediakan juga air asam dalam bekas berasingan. Ikan jenahak yang telah dibersihkan, juga disediakan.
Cara Memasak:
1. Tumis bahan tumis dalam minyak hingga wangi dan biji sawi meletup.
2. Masukkan campuran bahan basah dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sayur yang telah digoreng dan ikan. Jangan kacau terlalu banyak, biarkan mendidih.
4. Masukkan air asam dan biarkan mendidih seketika.
5. Akhir sekali, masukkan tomato dan periksa garam secukup rasa.
Kari ini sedap dihidangkan bersama taugeh goreng kilas atau raita timun.
Jika menggunakan ikan sungai, boleh tambahkan sedikit halia untuk menghilangkan bau hanyir.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Kunafa Coklat Viral, Siap Dengan Sos Pekat Likat Yang Meleleh!
Sumber: Veera Saravanan