resepi solok lada

Pencinta makanan pedas pasti rasa hidangan tak lengkap tanpa rasa cili yang membara. Jika begitu, eloklah anda cuba resepi Solok Lada pada hari ini.

Solok Lada atau juga dikenali sebagai lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu yang popular di negeri Kelantan dan Terengganu.

Resepi Solok Lada menggunakan lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan.

Resepi Solok Lada yang telah dikongsikan oleh Hajar Mohd di Facebook ini cukup menarik dengan menggunakan periuk nasi yang mudah. Jom cuba!

Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

RESEPI SOLOK LADA

resepi solok lada

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Panggang atau rebus 2 ekor ikan selayang dalam anggar ½ kg, tapi jika nak guna isi ikan mentah pun boleh.

2. Apabila sudah masak, asingkan tulang dan isi. Jika nak tahu ikan dah masak atau belum, biasanya mata ikan akan terkeluar.

3. Belah lada hijau. Boleh pakai glove jernih supaya tangan tak pijar.

resepi solok lada

4. Tumbuk biji lada hitam, halia, bawang besar dan bawang putih, kemudian lumatkan isi ikan tadi sekali.

5. Kaup isi lesung tadi, masukkan kelapa parut putih dengan menggunakan nisbah 1:1, iaitu isi lesung sama banyak dengan isian kelapa parut. Jika suka pedas, boleh racik cili api. Gaul sebati dengan perasa, garam atau gula.

6. Sumbat inti dalam lada sampai terkeluar pun tak mengapa. Nak lebih sedap, boleh tuang santan atasnya. Jika ada lebihan inti, boleh kepal bulat-bulat.

resepi solok lada

7. Kukus dalam periuk nasi selama 5 minit. Jika ada pucuk ubi, boleh gunakan untuk melapiknya. Siap untuk dinikmati!

resepi solok lada

Resepi Solok Lada ini sangat sesuai digandingkan bersama nasi kerabu sebagai makan tengah hari yang enak.

Selamat mencuba!

Sumber: Hajar Mohd

Baca juga: Nasi Kerabu Bunga Telang, Tak Guna Pewarna Pun Hasil Biru Menyerlah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN