resipi sizzling yee meeHujung minggu dah nak tiba, mestilah kena buat satu menu yang lain dari lain seperti contoh resipi sizzling yee mee. Barulah cik abang sayang.

“Alamak, tapi mesti leceh”

Jangan risau, kalau anda ikut resipi oleh Cik Puan De LaiLa Abdullah confirm rasa senang dan terjamin sedap!

Jom baca!

Baca juga: Cara Buat Pisang Goreng Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Petang

RESIPI SIZZLING YEE MEE

Bahan-Bahan:

  • Yee Mee – Rendam 2 keping sekejap, cukup untuk 3 orang, kemudian tapis
  • Ayam – Potong kecil-kecil, jumlahnya bergantung pada selera
  • Cendawan Shitake kering – Rendam dalam air selama sejam
  • Halia sebesar ibu jari – Dihiris
  • 2 biji bawang putih – Dicincang halus
  • 4 batang lada kering – Dibelah dua atau tiga
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu tepung jagung – Dikacau dengan sedikit air, tambah lagi jika mahu pekat
  • Sawi Jepun
  • Serbuk lada hitam – Secukup rasa
  • Garam – Secukup rasa
  • Air

Cara-cara Memasak:

1. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.

2. Masukkan halia dan cili kering, tumis hingga harum.

3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil, tumis bersama bahan-bahan tadi sehingga ayam masak sedikit.

resipi sizzling yee mee

4. Tambahkan kicap pekat, kicap cair, kicap manis, sos tiram, serbuk lada hitam, dan cendawan yang telah direndam.

resipi sizzling yee mee

5. Gaulkan semua bahan hingga sebati, kemudian tuangkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini.

 

6. Biarkan kuah mendidih, kemudian masukkan garam dan tepung jagung yang telah dikacau dengan air.

7. Masukkan sawi Jepun, biarkan layu seketika.

8. Apabila kuah sudah mendidih, rasa dan sesuaikan perasa.

9. Akhir sekali, masukkan yee mee ke dalam kuah dan masak sekejap sahaja supaya mee tidak terlalu kembang.

Hidangkan segera dan nikmati sizzling yee mee yang lazat ini. Selamat mencuba!

Sumber: De LaiLa Abdullah

Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN